Tidak lama dahulu ‘ketam pondan’ menjadi terkenal kerana rupa dan rasanya dan kini makanan laut yang berasaskan ketam itu kembali terkenal dengan nama baby crab dan diberikan nafas baru dengan menjadikan ia keropok. Ia dipanggil ketam pondan kerana mempunyai kulit yang lembut dan bersaiz kecil.
Dari ketam pondan, kini baby crab jadi kegilaan
‘Baby Crab’ ini mula meniti dari mulut ke mulut dan viral dalam kalangan pengemar laut. Keropok ketam kecil itu bukan sahaja diperkenalkan dengan satu perisa sahaja bahkan dipelbagaikan agak memberikan pilihan yang lebih kepada para pelanggan.
Baby crab ini dijadikan keropok kerana saiznya yang kecil dan tidak sesuai untuk dibuat gulai atau masakan lain seperti ketam yang bersaiz normal. Walaupun agak janggal mendengar ketam dijadikan keropok tetapi setelah digoreng, baby crab ini akan menjadi ranggup.
Kebanyakan peniaga yang menjual keropok baby crab ini adalah bermusim kerana ketam jenis ini agak sukar ditemui dan harganya agak mahal berbanding keropok biasa.
Oleh kerana kesedapan dan keunikan keropok ini, para pengemarnya tidak kisah untuk mengeluarkan wang bagi membeli keropok baby crab ini dan jumlah yang banyak pada satu-satu masa.
Menurut peniaga keropok baby crab ini, Isna Syuhada Munimbar, 28, setelah dia melihat keropok ini viral dia yakin bahawa keropok ini mampu pergi jauh.
“Sehingga kini, permintaan terhadap produk ini sangat memberangsangkan dan tidak pernah putus akan tetapi ada kalanya stok bekalan kehabisan” ujarnya kepada Sinar Harian.
Buat masa ini, keropok baby crab yang dijual Isna mempunyai tiga perasa iatu BBQ, extra hot dan tomyam. Keropok berkenaan dikeluarkan oleh NurQis Industries dengan jenama Baby Crab Crispy.
Pada mulanya ramai yang agak keberatan membeli keropok ini dengan harga RM30 bagi sebekas kecil namun setelah mencubanya mereka akan menjadi pelanggan tetap keropok baby crab ini yang sedap dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan penambah rasa dalam sup mahupun mi goreng.
Sumber: Vitdaily
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW