Di Indonesia, lebih 2 juta kanak-kanak adalah perokok

Biarpun Indonesia kini berhadapan kontroversi mengenai rancangan undang-undang tembakau oleh data Atlas Kawalan Tembakau di Asean, namun jumlah perokok di negara itu terus meningkat.

Rokok

Negara yang mempunyai kepadatan penduduk paling ramai di Asia Tenggara itu kini menghadapi kenaikan ketara di mana 30 peratus daripada perokok adalah daripada golongan kanak-kanak.

Memetik laporan BBC Indonesia, peratusan itu mewakili 20 juta kanak-kanak di seluruh Indonesia.

Menerusi akaun Facebook BBC Indonesia, angka ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada antara komen yang diterima mengakui perkara ini memandangkan ia pernah berlaku di depan matanya apabila seorang remaja menyalakan api rokok terhadap adiknya.

“Senang betul kanak-kanak di sini dapat rokok,” kata seorang netizen.

Tidak kurang yang berkongsi pengalaman bagaimana kanak-kanak ini mula merokok.

“Anak-anak kecil ini meniru setiap perbuatan orang tua mereka, termasuklah merokok. Mereka adalah peniru terbaik.

“Keadaan itu (merokok) tidak dianggap satu perbuatan berbahaya sebaliknya sebagai aktiviti santai yang dilakukan pada waktu senggang,” menurut komen yang dimuat naik di laman Facebook tersebut.

Jelasnya, merokok itu turut dianggap sebagai ‘nikmat’ kepada mereka, yang akhirnya perbuatan itu diikuti oleh anak-anak mereka.

Dalam pada itu, tinjauan yang dilakukan BBC Indonesia ini mendapati, tidak susah untuk mendapatkan rokok di Indonesia.

Mereka boleh membeli rokok di mana saja. Rokok yang dijual tidak hanya dalam bentuk bungkus, tetapi boleh dibeli per batang.

Harganya pula hanyalah Rp1.000 (4 sen) satu batangnya, ada juga lebih murah daripada itu.

Sekeping gambar kanak-kanak yang sedang merokok menjadi tular sekitar tahun 2010 apabila ayahnya membuat pengakuan anaknya itu mula merokok pada usia 18 bulan.

Ardi Rizal ketika berusia dua tahun mampu merokok sehingga 40 batang sehari.

Menurut ayahnya, jika tidak diberikan rokok, Ardi akan marah dan membentak-bentak badannya ke lantai.

Ketagihan Ardi tidak dapat dibendung pada waktu itu. Namun di atas usaha pelbagai pihak, Ardi dibantu agar dapat meninggalkan tabiat merokok.

Namun, sejak berhenti merokok, Ardi menjadi obes disebabkan terlalu banyak makan.

Ketua Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) Asrorun Ni’am Saleh berkata, sikap ibu bapa yang tidak mengambil kepentingan tahap kesihatan ana-anak menyebabkan pelbagai penyakit berlaku.

“Seharusnya, ibu bapa menjadi contoh terbaik, bukan membiarkan anak-anak terjebak dengan perkara tidak sihat seperti ini,” katanya.

Sementara itu , Indonesia kini memperhebat program penyembuhan khususnya untuk kanak-kanak dan juga belia.

Inisiatif ini diambil untuk terus mengurang seterusnya mengekang gejala tidak sihat ini di kalangan orang muda.

Setakat ini, sebahagian yang hadir pada program ini berjaya berhenti merokok.

Program selama sebulan ini turut didukung keluarga yang sama-sama mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Di Indonesia, lebih 2 juta kanak-kanak adalah perokok

Post a Comment

Previous Post Next Post