Berlakon lagi dengan Fattah Amin, Neelofa cuba jadi matang

Memenangi kategori utama Anugerah MeleTop Era minggu lalu, pelakon Neelofa enggan mengulas masa depannya bersama Fattah Amin.

Berlakon lagi dengan Fattah Amin, Neelofa cuba jadi matang

Berlakon lagi dengan Fattah Amin, Neelofa cuba jadi matang

Neelofa, 27, berkata walaupun peminat berharap hubungannya bersama Fattah berakhir sebagaimana drama Suri Hati Mr Pilot, namun ia sangat subjektif untuk dibincangkan.

“Apabila berkata tentang jodoh, ia sangat subjektif, saya tidak boleh kata. Asalkan kami berhubung baik, masih berkawan dan tiada yang negatif.

“Jodoh saya tidak mahu sentuh sebab mungkin boleh jadi dia [Fattah] atau orang lain. Jadi saya mahu kekal positif dan bergerak ke hadapan,” katanya.

Neelofa turut memenangi kategori Hos MeleTop AME 2017 minggu lalu.Neelofa turut memenangi kategori Hos MeleTop AME 2017 minggu lalu.Neelofa dan Fattah memenangi anugerah Top Top MeleTop membawa pulang RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Pelakon drama Ketupat Palas Mr Handsome turut memenangi empat kategori lain iaitu Pelakon TV MeleTop, Bintang Online MeleTop, Fesyen MeleTop dan Drama MeleTop.

Fattah berkata apa jua harapan peminat diharapkan mereka dapat mendoakan yang terbaik kerana jodoh adalah ketentuan Tuhan.

“Macam saya selalu cakap, doakan yang baik-baik, cakap dan fikirkan yang baik-baik.

“Kami tahu peminat mahu melihat drama dan realiti itu sama tetapi jodoh benda yang kita tidak tahu. Kita cuma boleh merancang.

“Saya tiada masalah dengan Neelofa. Kami masih berkawan,” katanya.

Fattah turut memenangi empat kategori lain dalam AME2017.Fattah turut memenangi empat kategori lain dalam AME2017.Mengulas mengenai drama Penerbangan Terakhir Mr Pilot Aidilfitri ini, Neelofa berkata ia buah tangan peminat yang terus memberikan sokongan.

Katanya, penangan drama Suri Hati Mr Pilot membuatkan peminat terus setia dan tidak berganjak melihat kejayaan mereka berdua.

“Peminat kami bukan jenis yang tengok TV goyang kaki tetapi mereka memang ada usaha untuk membalas kami dengan mengundi dan menang.

“Jenama Lofattah sangat besar. Sayang jika kami tidak buat sesuatu kepada peminat di luar.

“Lofattah satu fenomena yang sangat luar biasa. Ia tidak terjadi setiap bulan dan setiap tahun. Sayang kalau tidak gunakan peluang yang kita ada,” katanya.

Ditanya persetujuan untuk berganding semula dengan Fattah walau pernah dilanda kontroversi, Neelofa berkata mereka harus bersikap matang.

“Kami sangat rapat ketika drama Suri Hati Mr Pilot. Saya kenal dia dengan agak rapat. Masing-masing cuba menjadi matang dan selesaikan masalah. Semuanya baik,” katanya.

Sumber: Malay Mail



Sumber Berlakon lagi dengan Fattah Amin, Neelofa cuba jadi matang

Post a Comment

Previous Post Next Post