Gaji tertunggak, Azrel Ismail buat laporan polis

Pelakon Azrel Ismail meluahkan rasa kesal dengan tindakan penerbit JNI Creative Sdn Bhd tidak membayar barisan pelakon dan kru drama Yes Sir Nak Pergi Mana untuk siaran HppTV.

Azrel Ismail buat laporan polis

Azrel Ismail buat laporan polis

Azrel berkata, dia berharap penerbit drama terbabit menyelesaikan baki gaji tertunggak secepat mungkin bagi memudahkan perjalanan drama itu sebelum mereka mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya bersama pelakon dan kru produksi hampa apabila penerbit JNI Creative Sdn Bhd gagal membayar duit kami seperti yang dijanjikan.

“Kami terpaksa membuat laporan kerana tidak tahan diperlakukan begini. Saya sudah memberikan sepenuh komitmen untuk drama ini hingga terpaksa menolak beberapa tawaran lain.

“Mereka bukan sahaja tidak membayar baki duit gaji kami, tetapi ada pelbagai masalah lain sudah berlaku,”katanya.

Azrel dihubungi selepas selesai membuat laporan polis bersama beberapa pelakon dan kru produksi di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Selangor hari ini bagi menuntut sebahagian gaji daripada syarikat produksi JNI Creative Sdn Bhd yang belum dilunaskan.

Dia bersama pelakon dan kru terbabit nekad membuat laporan polis selepas penerbitnya yang dikenali sebagai Muhabbudin Ahmad enggan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Azrel memberitahu penerbit terbabit sepatutnya membayar bayaran kedua sebanyak 20 peratus sebelum memulakan sesi penggambaran drama itu dua bulan lalu.

Pelakon lain yang membuat laporan ialah Risteena Munim, Bella Nazari, Wan Nor Azlin, Nor Albaniah, Chacha Maembong, Hanna Aqila, Rahim Kidol, Fadhil Dhani, Riz Amin dan Emily Haniff.

Menurut Azrel, dia juga kesal apabila syaikat produksi itu tidak menghormati jadual kerja yang ditetapkan.

“Mereka sesuka hati merombak jadual dan meminta kami menghadiri sesi penggambaran sedangkan kami sudah diberikan jadual penggambaran untuk setiap babak.

“Saya percaya masalah ini berlaku disebabkan syarikat produksi ini tidak mempunyai duit untuk meneruskan sesi penggambaran sehingga mengakibatkan seluruh tenaga kerja drama ini menanggung masalah,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Gaji tertunggak, Azrel Ismail buat laporan polis

Post a Comment

Previous Post Next Post