Suami dipenjara sebulan gara-gara pukul isteri kerana basuh ayam tak bersih

Seorang buruh kasar dijatuhi hukuman penjara selama sebulan dari tarikh ditangkap oleh Mahkamah Majistret Seremban, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya.

Pukul isteri angkara basuh ayam

Radzuan Jaafar, 36, dituduh memukul kepala dan bahu kiri isterinya menggunakan tangan dalam satu pertengkaran yang berpunca daripada salah faham antara kedua-duanya pada 11 Jun lalu.

Insiden tersebut berlaku di kediaman mereka di Kampung Jun Jun, Mantin, Nilai kira-kira jam 3.30 petang.

Tertuduh tidak puas hati dengan cara isterinya membasuh ayam yang dikatakan tidak bersih dan masih ada darah, selain isterinya itu turut didakwa melawan cakapnya.

Kekasaran berbentuk fizikal yang dilakukan tertuduh terhadap Norain Abdullah, 24, mengakibatkan benjol di kepala dan lebam pada lengan kiri wanita berkenaan.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.

Sebelum itu, tertuduh merayu kepada mahkamah agar dikenakan hukuman paling ringan berikutan perlu menanggung keluarga.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Soo Kok Weng, manakala tertuduh tidak diwakili peguam semasa prosiding dijalankan.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Suami dipenjara sebulan gara-gara pukul isteri kerana basuh ayam tak bersih

Post a Comment

Previous Post Next Post