Fathia Latiff payung gambar swafoto dengan Putera Mateen

AURA kemeriahan Sukan Sea ke-29 KL2017 turut menarik perhatian para selebriti untuk turun padang bagi sama-sama memberi sokongan kepada kesemua atlet yang mengambil bahagian.

Dan yang pastinya selebriti tempatan pun tak mahu melepaskan peluang untuk bergambar dengan atlet polo dari Brunei, Putera Mateen yang telah mencipta fenomena yang tersendiri di kalangan penduduk Malaysia berikutan wajahnya yang terlalu kacak.

Pelakon terkenal, Nur Fathia Abdul Latiff berkongsikan gambar selfienya bersama putera idaman gadis Malaya itu di laman Instagramnya semalam.

Perkongsian itu telah menerima hampir 90,000 likes daripada pengikut setia laman sosial aktres berusia 30 tahun itu.

Kebanyakan netizen menzahirkan perasaan ‘cemburu’ mereka dengan Fathia kerana pelakon tersebut berjaya mengambil gambar bersama-sama putera berusia 26 tahun itu.

Malah, tak kurang juga yang mendoakan Fathia agar bertemu jodoh dengan Putera Mateen.

@aliya_azzahra menulis, “Lawanya @fatiyaliff, kalau ada jodoh saya sokong tu.”

“Semoga berjodoh @fatiyalatiff & @tmski,” tulis @juan_adzwan pula.

Selain Fathia, dua hos program hiburan H!Live, Adriana Adnan dan Yaya Zahir turut tidak ketinggalan berkongsi gambar mereka bersama Putera Mateen ketika putera raja itu bertarung menentang Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Selasa lalu.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Fathia Latiff payung gambar swafoto dengan Putera Mateen

Post a Comment

Previous Post Next Post