'Belum ada persiapan kahwin'

SHAH ALAM: Juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, Shahir terkejut gosip kononnya dia sibuk mengatur majlis perkahwinan dengan aktres jelita, Erra Fazira, tersebar.

Sambil mengesahkan berita itu tidak benar, Shahir atau nama sebenarnya, Ahmad Shahir Zawawi, 29, memberitahu, tumpuannya lebih kepada persediaan bersaing di pentas AF Megastar sekarang.

"Belum ada sebarang persiapan. Belum lagi. Persiapan saya sekarang adalah untuk program AF Megastar.

"Komitmen saya untuk program ini sangat tinggi. Saya sudah mula berlatih untuk menghadapi konsert mingguan, Ahad ini," katanya kepada BH Online.

Pada malam Ahad lalu, Shahir menyampaikan lagunya sendiri berjudul Kebahagiaan Dalam Perpisahan hingga dipilih sebagai finalis AF Megastar bersama 11 peserta lain.

Shahir berkata, dia bersyukur kerana Erra, keluarga dan mereka yang ada di sekelilingnya sangat memahami situasi dirinya sekarang.

Akui Shahir, dia terpaksa mengetepikan soal peribadi buat sementara waktu demi kerjaya seninya.

"Mereka mendoakan yang terbaik buat saya. Erra turut memberi panduan dan nasihat berguna kerana dia sendiri pernah menjadi juri program AF sebelum ini.

"Malah Erra turut memberi kata-kata perangsang supaya saya dapat melakukan yang terbaik," katanya.



Sumber 'Belum ada persiapan kahwin'

Post a Comment

Previous Post Next Post