Polis ambil keterangan wanita hayun kunci stereng, maki penguat kuasa MPSJ

Ketua Polis Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin ​​berkata, keterangan juga direkodkan daripada suami wanita itu, seorang individu kelainan upaya yang memiliki kad OKU yang sah, malam tadi.

Megat-Alias-mpsj1PETALING JAYA: Polis mengambil keterangan daripada wanita yang mengancam seorang pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan kunci stereng sambil memaki beliau.

Ketua Polis Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, keterangan juga direkodkan daripada suami wanita itu, seorang individu kelainan upaya yang memiliki kad OKU yang sah, malam tadi.

“Tiada penangkapan dibuat dan kertas siasatan akan dilengkapkan dan akan dirujuk kepada pejabat timbalan pendakwa raya pada Isnin (esok),” kata beliau dipetik The Star.

Sebuah rakaman video tersebar di media sosial menunjukkan seorang wanita memaki penguat kuasa MPSJ sambil memegang sebatang kunci stereng.

Wanita itu mengamuk selepas mendapati tayarnya dikunci pihak berkuasa tempatan berkenaan kerana menghentikan keretanya di tempat letak kenderaan OKU.

Wanita terbabit memarahi penguat kuasa itu dengan “menghayun” sebatang kunci stereng sambil memberi alasan dia terpaksa meletak kereta di sana kerana tiada tempat lain.

“Saya beli makanan untuk OKU salahkah? Salahkah?” teriaknya berulang kali.

“Tak salah. You beli makanan, you tak salah,” jawab penguat kuasa bercermin mata gelap itu.

“Tak salah kenapa kunci kereta saya?” soal wanita itu lagi.

“You parking kereta salah,” kata penguat kuasa itu sambil bertanya jika wanita terbabit seorang OKU.

“Saya tolong OKU, you tak fahamkah?” katanya sambil menghentak kakinya.

“Saya faham…Kalau betul-betul you tolong OKU, baik parking tengah-tengah (jalan) saja,” kata penguat kuasa lelaki itu.

Pemandu terbabit kemudiannya merendahkan suara dengan berkata, meletakkan kereta di tengah jalan memang dilarang.

“Apakah you betul ke tak betul? Panggil saya park in the middle…Eh, you officer tau,” kata wanita berkenaan.

Wanita hayun batang kunci stereng, maki penguat kuasa kunci tayar


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Polis ambil keterangan wanita hayun kunci stereng, maki penguat kuasa MPSJ

Post a Comment

Previous Post Next Post