Datuk Siti Rekod Lagu Nana Oh Nana Sambil Duduk

Pasti ramai ibu bapa yang menggemari siri animasi popular, Didi & Friends disebabkan anak-anak tentunya akan duduk diam melayan animasi yang comel itu.

Selepas ini, ada berita yang bakal menggembirakan kanak-kanak di seluruh Malaysia malah ibu bapa sendiri.

Menerusi entri yang dikongsi pengurus Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Rozi Abdul Razak di laman sosial Instagram (IG)nya pada Ahad yang lalu Siti bakal menyanyikan salah satu lagu dalam animasi popular itu.

Rozi juga turut memberitahu ketika di dalam studio Siti menyanyikan lagu-lagu Didi & Friends sambil duduk disebabkan keadaaan yang hamil.

Walaupun sedang berehat menjaga kandungan, penyanyi nombor satu negara telah meluangkan masa ke studio untuk membuat rakaman lagu kanak-kanak siri animasi itu.

Dalam masa sama, Rozi turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan produksi Digital Durian (DD) Animation, yang sanggup menunggu dan memberi masa kepada Siti dalam tempoh empat bulan ‘dikuarantin’ untuk mengambil apa-apa persembahan nyanyian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah DD Animation, Sinan Che Ismail turut memuat naik entri di IG tentang kerjasama di antara pihaknya dan penyanyi nombor satu negara.

“Super Duper Achievement Unlocked! Dato Siti Nurhaliza @ctdk collaborating with Didi & Friends.This is like a dream come true. Never imagined this would happen when we first started Didi & Friends on YouTube 3 years ago.

“To work with Malaysia’s number 1 singer. To actually work with the legend – Siti Nurhaliza. Alhamdulillah.Hari ni we did her recording and shooting for our upcoming mega project “Konsert Hora Horey Didi & Friends” – which is scheduled to be released in all major cinemas March next year InshaAllah,” ujarnya.

Siri animasi yang menghiburkan ini dan penuh dengan moral dan mesej berguna untuk tontonan kanak-kanak.

Malah, muziknya yang rancak mudah difahami dan diikuti kanak-kanak untuk menyanyi bersama.



Sumber Datuk Siti Rekod Lagu Nana Oh Nana Sambil Duduk

Post a Comment

Previous Post Next Post