Video: Sogokan RM5 juta buka sekolah debat berserta geran di seluruh negara jika tinggalkan PPBM, Syed Saddiq berdolak-dalik

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Melangkah masuk ke bilik mesyuarat di sebuah hotel terkemuka di sini dengan wajah penuh yakin, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seterusnya berdiri di rostrum namun kemudian diminta berucap di sebuah meja yang telah siap dipasang mikrofon oleh pengamal media.

 

 

Video: Sogokan RM5 juta buka sekolah debat berserta geran di seluruh negara jika tinggalkan PPBM, Syed Saddiq berdolak-dalik

Video: Sogokan RM5 juta buka sekolah debat berserta geran di seluruh negara jika tinggalkan PPBM, Syed Saddiq berdolak-dalik

 

Beliau kemudiannya duduk dan memulakan sidang akhbar setelah lewat hampir setengah jam daripada jadual asal, pukul 11.30 pagi dengan memberitahu bahawa ada tiga pengumuman penting yang ingin dibuat kononnya tanpa pengetahuan pucuk pimpinan parti.

Syed Saddiq berkata, sebagai salah seorang pengasas PPBM beliau melihat wujud satu gerakan secara sistematik yang cuba mempengaruhi kepimpinan tertinggi parti supaya meninggalkan perjuangan mereka.

Seterusnya, pemuda berusia 25 tahun itu mendedahkan wujud cubaan mengeluarkannya daripada PPBM oleh rangkaian yang kononnya dikawal dari Pejabat Perdana Menteri dan dirancang oleh penasihat kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mendakwa, ini termasuk tawaran sebanyak RM5 juta berserta geran bagi membuka sekolah debat di seluruh negara itu jika dia meninggalkan PPBM.

Sebaliknya, kata Syed Saddiq, beliau tidak akan terpengaruh dengan semua tawaran itu, malah berikrar akan mendedahkan secara terperinci mereka yang terlibat kerana kononnya mempunyai bukti yang kukuh.

Video oleh AHMAD SHAZWAN MD. YUSOF

Menurut beliau, jika rangkaian tersebut berharap dengan membantu menganjurkan sidang media hari ini mampu menjual maruah dirinya, mereka adalah salah kerana dia tidak berminat dengan apa yang ditawarkan.

Selain itu, Ketua Armada PPBM tersebut mengumumkan keputusannya menolak tawaran melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Oxford.

Namun, ketika ditanya mengapa dia tidak terus sahaja melaporkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Syed Saddiq dilihat berdolak-dalik dan kemudiannya memberitahu, hanya akan melaporkan kepada SPRM jika ada laporan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa diterimanya.

Sedangkan sebelum itu beliau mendakwa ditawarkan dengan sogokan RM5 juta untuk meninggalkan PPBM serta mempunyai bukti yang kukuh berkenaan apa yang didakwanya itu

“Saya akan bincang dengan peguam, kalau ada apa-apa tawaran yang berkaitan rasuah, salah guna kuasa, saya akan laporkan terus kepada SPRM. Terutama jika mereka hendak guna serangan peribadi semua kerana jenayah sepatutnya tiada kompromi, kena laporkan.

“Seperti yang saya sudah maklumkan sebelum ini, lebih berbentuk peribadi daripada mereka,” katanya.

Sumber: UTUSAN ONLINE

 



Sumber Video: Sogokan RM5 juta buka sekolah debat berserta geran di seluruh negara jika tinggalkan PPBM, Syed Saddiq berdolak-dalik

Post a Comment

Previous Post Next Post