“Lepas jatuh bayi itu menangis sebentar sebelum diam menyebabkan dia disangka tertidur semula” – Bayi 8 bulan maut terjatuh katil ketika tidur

"Lepas jatuh bayi itu menangis sebentar sebelum diam menyebabkan dia disangka tertidur semula" - Bayi 8 bulan maut terjatuh katil ketika tidur

“Lepas jatuh bayi itu menangis sebentar sebelum diam menyebabkan dia disangka tertidur semula” – Bayi 8 bulan maut terjatuh katil ketika tidur

JEMPOL: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia selepas terjatuh daripada katil di rumah ibu saudaranya di Kampung Baru Rompin di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim, berkata Muhammad Fawwas Hawwari Nasir, terjatuh ketika tidur pada jam 9.30 malam dan disahkan meninggal dunia jam 10 pagi tadi.

“Difahamkan, selepas terjatuh bayi itu menangis sebentar sebelum diam menyebabkan dia disangka tertidur semula.

“Bagaimanapun, pagi tadi dia dibawa ke Klinik Kesihatan Bahau apabila ibu saudaranya menyedari perubahan pada warna badannya dan dia dihantar ke Hospital Jempol sebelum disahkan meninggal dunia jam 10 pagi tadi,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, bapanya, Nasir Nain,39, berkata dia dan isteri reda dengan ketentuan Allah yang mengambil nyawa anak bongsu daripada empat beradik itu.

“Anak saya memang dijaga oleh adik ipar sejak dilahirkan kerana saya dan isteri bekerja di tempat lain. Tiada siapa harus dipersalahkan dalam kejadian ini,” katanya.

Sumber: Bharian



Sumber “Lepas jatuh bayi itu menangis sebentar sebelum diam menyebabkan dia disangka tertidur semula” – Bayi 8 bulan maut terjatuh katil ketika tidur

Post a Comment

Previous Post Next Post