Ketua polis Serdang berkata empat pengawal ditahan untuk disiasat bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. — Paparan skrin GoogleSERDANG, 25 Nov ― Tiga karung berisi RM150,000 lesap dirompak dua penjenayah dari sebuah van keselamatan dalam tempoh lapan saat, di sini, semalam.
Insiden 10.30 pagi itu berlaku depan sebuah bank di Taman Sri Serdang. Empat pengawal keselamatan bertugas ketika kejadian, lapor Harian Metro.
Siasatan awal polis, dua pengawal berada dalam bank, menguruskan pemindahan wang, manakala dua lagi di belakang van, lokasi simpanan karung wang.
“Rakaman CCTV di tempat kejadian menunjukkan dua penjenayah yang memakai topi keledar menghampiri van dan membuka pintu tepi van,” kata ketua polis Serdang
“Sebaik membuka pintu, penjenayah melarikan tiga karung wang kurang lapan saat menggunakan motosikal Yamaha 125Z,” kata ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias.
Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan ada unsur subahat di kalangan pengawal itu kerana pintu van mudah dibuka dan tiada senjata digunakan.
“Lazimnya van keselamatan hanya boleh dibuka menggunakan kunci keselamatan utama ataupun dibuka oleh orang yang berada dalam van,” katanya.
“Jadi kita tidak menilak kemungkinan wujudnya unsur subahat antara empat pengawal terbabit.”
Empat pengawal itu ditahan untuk disiasat bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. katanya lagi.
Sumber Polis syak pengawal subahat, van bawa RM150,000 dirompak