Ajar pelarian jahit cawat, elak berlumur ‘darah kotor’

Rosfazilah Mohd Noor melalui sebuah NGO mengajar pelarian Rohingya menjahit untuk menjadi pembekal cawat seluar dalam kepada wanita lain. — Foto ihsan Facebook/Rosfazilah Mohd NoorRosfazilah Mohd Noor melalui sebuah NGO mengajar pelarian Rohingya menjahit untuk menjadi pembekal cawat seluar dalam kepada wanita lain. — Foto ihsan Facebook/Rosfazilah Mohd NoorBANGLADESH, 18 DIS — Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengajar pelarian Rohingya di Kem Balukhali, menjahit seluar dalam.

Mereka berlumuran “darah kotor” bukan akibat tiada bantuan tuala wanita tetapi pelarian tersebut tidak memakai seluar dalam, lapor Sinar Harian.

Sukarelawan Yayasan Amal Malaysia berkata projek menjahit itu, dengan fungsi seperti cawat, dibuat bawah program Sinar4Rohingya.

“Tidak ada guna banyak sumbangan tuala wanita tetapi mereka tak boleh guna kerana tak ada seluar dalam,” kata Rosfazilah Mohd Noor.

Beliau berkata projek itu memudahkan pemakaian tuala wanita, sekaligus menjadikan pelarian sebagai pembekal cawat.  

“Pasti ramai berkata-kata sinis mengapa tidak diberi sahaja seluar dalam percuma. Dengan projek ini kita ajar mereka untuk jadi pembekal cawat ini untuk wanita lain senasib mereka.”



Sumber Ajar pelarian jahit cawat, elak berlumur ‘darah kotor’

Post a Comment

Previous Post Next Post