LONDON, 18 Dis — Anak-anak yang menikmati makanan berkhasiat lebih gembira, lebih yakin diri dan kurang masalah emosi, menurut satu kajian terbaru.
Mereka juga lebih mudah berkawan dan tidak mudah dibuli, lapor Daily Mail di sini minggu lalu.
Kesimpulan ini dibuat hasil kajian terhadap lebih 7,600 kanak-kanak berusia dua hingga sembilan tahun yang disoal tentang 47 jenis makanan yang disukai.
Mereka yang mengikuti panduan pemakanan berkhasiat di negara-negara Eropah rasa lebih harga diri dan sejahtera tanpa mengira berat badan.
Seorang penyelidik tersebut Dr Louise Arvidsson berkata kanak-kanak ini menunjukkan kesan positif pemakanan yang baik dua tahun kemudian.
“Kajian kami menunjukkan pemakanan berkhasiat meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak,” katanya, pensyarah Universiti Gothenburg di Sweden.
Diterbitkan dalam jurnal BMC Public Health, dapatan kajian itu bagaimanapun tidak menjelaskan hubungan makanan sihat dengan kesejahteraan tersebut.
Namun buah-buahan dan sayur-sayuran, yang mengandung bahan antioksidan, dipercayai mendorong pemakannya lebih sihat dan gembira, lapor portal itu.
Dapatan itu, berdasarkan laporan ibu bapa, menyatakan memakan ikan dua atau tiga kali seminggu mengurangkan masalah emosi dan masalah berkawan.
Selain buah-buahann dan sayur-sayuran, anak-anak yang yakin dan sejahtera juga dikaitkan dengan pengambilan gula yang sewajarnya.
Sumber Makanan sihat, anak susah kena buli