Anak 'Jodohkan' Demi Moore Dengan Nick Jonas

Aktres Demi Moore memang diketahui sering memilih menjalin hubungan dengan lelaki muda.

Antara lelaki yang pernah mencuri hati wanita berusia 55 tahun itu seperti aktor Ashton Kutcher dan bintang Spider-Man, Tobey Maguire.

Terbaru, Demi khabarnya kembali menjalin hubungan dengan lelaki muda iaitu penyanyi Nick Jonas. Perbezaan usia 30 tahun ternyata tidak menghalang pasangan ini menjain asmara.

Tambah hangat diperkatakan mengenai pasangan ini kerana rupanya, anak perempuan Demi dan aktor Bruce Willis iaitu Rumer Willis adalah orang sebalik hubungan Demi dan Nick.

Rumer dikatakan 'menjodohkan' Demi dengan Nick kerana tahu bahwa ibunya menyukai lelaki yang lebih muda. Tambahan dia juga mengetahui yang Nick memang masih solo selepas cintanya yang lalu terputus.

Lagipun Adik kepada Joe Jonas itu juga dikenali berpengalaman menjalain hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia. Misalnya sebelum ini, aktres Kate Hudson dan penyanyi asal Australia, Delta Goodrem yang pernah menjadi teman wanitanya.

Namun begitu, Demi dan Nick sedaya upaya memastikan hubungan mereka tidak tersebar luas. Lebih-lebih lagi Demi sebelum ini mendapat banyak kecaman daripada netizen. Malah pelakon filem Ghost itu tidak ingin dimalukan lagi oleh khalayak selepas dia ditolak oleh bekas suaminya, Ashton Kutcher.

Apapun, hubungan asmara antara Demi dan Nick memang sesuatu yang tidak pernah dijangka oleh netizen. Namun, pasangan ini seperti membuktikan bahawa usia hanyalah sekadar angka. Pasangan ini dikabarkan bahagia dengan hubungan mereka ketika ini.



Sumber Anak 'Jodohkan' Demi Moore Dengan Nick Jonas

Post a Comment

Previous Post Next Post