Lapor Sinar Harian, Ifa meluahakan rasa kesal dengan perbuatan selebriti berkenaan yang didakwa suka melaga-lagakan rakan artis, memaki hamun dan mengata orang terutama artis-artis, dengan nama-nama yang menjengkilkan.
"Semua yang berlaku tercetus susulan kes sumpah laknat SA, yang juga akibat perbuatan RS. Saya begitu terkilan dengan perbuatan RS yang suka melaga-lagakan rakan artis, memaki hamun dan mengata orang terutama artis-artis, dengan nama-nama yang menjengkilkan. Saya sendiri pernah digelarkan Artis Propa dan Artis Plastik beberapa kali oleh RS," kata Ifa.
Bagaimanapun kata Ifa, dia tidak menyimpan dendam dengan selebriti itu kerana mengetahui perangai sebenar individu berkenaan.
Namun Ifa juga kesal kerana selebriti terbabit dikatakan bukan hanya melemparkan fitnah kepadanya sahaja, tetapi turut mengeluarkan kata-kata yang negatif terhadap anak lelakinya.
"Sebenarnya apa yang dikatakan oleh RS kebanyakkannya adalah fitnah. Saya tidak terkesan pun, cuma saya pelik memikirkan apa motif RS untuk membuka kisah-kisah lama sebelum saya kenal dengan suami saya.
"Suami saya kenal RS sejak dia mula ingin menapak di Malaysia. RS pula mengenali anak-anak saya, kakak sejak umur dua tahun dan anak kedua, Aqili sejak dilahirkan lagi. Tergamak dia mengatakan ‘Aqili pun dah macam pondan aku tengok’, dan ‘aku doakan Aqili jadi pondan bila besar nanti’.
"Itulah kata-kata yang lebih berbisa dari tuduhan yang dilemparkan pada saya. Aqili dan kakak sangat terkilan dan sangat sedih dengan tindakan RS yang mereka kenal dan hormat sejak lahir," tuturnya.
Difahamkan Ifa dan dan selebriti terbabit sebelum ini merupakan sahabat baik yang telah saling mengenali lebih 20 tahun.
Sumber Ifa Kesal Bekas Kawan Baik Doakan Anak Lelakinya Jadi Pondan