"Keadaan semakin kritikal akibat masalah ekonomi terbaharu yang melanda negara ini. Kebanyakan haiwan termasuk harimau juga semakin kurus kerana tidak diberi makan.
"Kami terpaksa memburu iguana di sekitar zoo dan memancing ikan tilapia di lagun berhampiran untuk mendapatkan bekalan makanan bagi haiwan lain," kata salah seorang kakitangan taman haiwan tersebut.
Jelasnya, zoo terbabit juga sering berdepan masalah kecurian sejak ekonomi negara itu menjadi huru-hara.
Pada 2016, kira-kira 40 haiwan termasuk tapir dicuri penduduk kelaparan.
Kejadian sama turut berlaku di Zoo Caricuao di Caracas, beberapa penduduk lapar dipercayai membunuh kuda untuk mendapatkan dagingnya.
Menurut veterinar yang telah bekerja selama 13 tahun di Zoo Bararida di Barquisimeto, Carlos Silva memberitahu haiwan lain termasuk burung merak juga dicuri dari pusat haiwan tersebut.
Gaji minimum AS$27 (RM106) sebulan pada kadar pertukaran rasmi hanya cukup untuk membeli 2 kilogram daging.
Jadi, kebanyakan penduduk hanya makan nasi dan ubi kayu seperti cassava.
Bukan hanya haiwan di zoo terkesan akibat krisis itu.
Ramai penduduk juga terpaksa meninggalkan haiwan peliharaan mereka di tepi jalan kerana tidak mampu memberi makan dan memberi vaksinasi.
Anjing liar bukan masalah baharu di kebanyakan bandar utama di Caracas kerana orang miskin turut memburu dan memakan dagingnya.
Data pada 2017 menunjukkan 87 peratus populasi penduduk hidup dalam kemiskinan.
Sumber Haiwan zoo jadi mangsa