Amalkan 4 Minuman Ini Sebelum Tidur Dan Lihat Hasilnya!


Siapa rasa susah nak membongkokkan tubuh kerana perut buncit? Diet dah buat, jogging pun sudah, nak pergi gim selalu memang tak sempat la kan? Nak ambil pil 'supplement', mahal la pula. 

Jangan risau! Anda masih boleh mengempiskan perut buncit dengan empat ramuan minuman ini. Ia bukan sahaja penuh khasiat, malah menjadikan anda lebih sihat dan bertenaga!

Apa yang perlu anda lakukan, amalkan mengambil minuman ini sebelum tidur membantu mengempiskan perut buncit.

1. Jus Timun Penghapus Lemak


Bahan:

1 biji timun
Sedikit daun parsli
1 biji lemon
1 sudu besar halia parut
1 sudu besar jus aloe vera
1/2 gelas air

Caranya:

Kisar semua bahan di atas dan minum sebelum tidur.


2. Minuman Tenaga


Bahan:

5 biji lemon
1 liter minuman sparkling
Sedikit daun pudina

Caranya:

1. Perah empat biji lemon
2. Hiris bulat-bulat sebiji lemon
3. Campurkan kesemua bahan ke dalam jug
4. Hidang minuman dengan ais dan daun pudina

3. Minuman India Berempah


Bahan:

4 biji limau nipis
Sedikit halia parut (sesuaikan dengan cita rasa)
Sedikit daun pudina
1 liter minuman sparkling
1/2 gelas air putih
Sedikit gula (sesuaikan dengan cita rasa)
Ais

Caranya:

1. Perah jus limau
2. Campur gula dan air putih di dalam periuk, reneh sehingga gula larut
3. Tambah halia ke dalam larutan dan matikan api selepas mendidih. Sejukkan
4. Tambah jus limau, minuman sparkling dan ais
5. Hias minuman dengan daun pudina dan hirisan limau

4. Minuman Cuka Epal (Apple Cider)


Bahan:

1 liter jus epal (buat sendiri atau beli yang dah siap)
Sedikit daun pudina
100 ml jus lemon
1 biji lemon
Ais

Caranya:

1. Hiris lemon bulat-bulat
2. Campur jus lemon dan jus epal dalam bekas bersesuaian
3. Tambah hirisan lemon, ais dan daun pudina
4. Boleh tambah hirisan epal sebagai hiasan

Amalkanlah mengambil minuman ini sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan perut kembali kempis dan kelihatan muda remaja. Selamat mencuba! 

Sumber: Forum CARI


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post