"Pakai Niqab Tapi.." – Wanita Sanggup Jadi Pelacur, Bantu Suami Si Bapa Ayam


Kalau cerita pasal bapa ayam ni memang dah selalu sangat lah kita dengar. Tapi bapa ayam yang kali ni agak rare sikit.

Menurut Harian Metro, seorang lelaki telah dihadapkan ke mahkamah kerana berdepan dengan pertuduhan menjadi bapa ayam (muncikari) dan melacurkan isterinya di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Muncikari tu maksudnya seseorang yang bertindak sebagai orang tengah antara seorang perempuan dengan seorang lelaki bagi apa-apa maksud yang menyalahi Hukum Syarak.

Lelaki yang berusia 33 tahun itu mengaku tidak bersalah dan dia merupakan bapa kepada tiga orang anak serta membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail.

Tertuduh yang berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 didakwa atas pertuduhan muncikari  antara isterinya dan lelaki lain di sebuah bilik hotel di bandar raya ini, jam 8.40 malam pada 24 Julai lalu.


Lelaki itu juga didakwa mengikut Seksyen 27 enakmen sama kerana melacurkan isterinya di lokasi, waktu dan hari sama.

Namun begitu, isteri lelaki itu yang berusia 32 tahun turut didakwa mengikut Seksyen 25 enakmen sama iaitu persediaan untuk melacurkan diri di lokasi, waktu dan hari sama.

Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau tidak lebih enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu, jika sabit kesalahan.


Ketika prosiding kes, hakim ada menegur tertuduh wanita yang memakai baju kurung hijau dan berpurdah supaya menutup aurat kerana Allah dan bukannya memakai niqab hanya untuk menutup malu.

“Saya tidak tahu kamu di luar bagaimana tetapi jika kamu berniqab, lakukan kerana Allah, jangan hanya kerana untuk menutup malu ketika di mahkamah kerana ia akan menimbulkan persepsi buruk kepada masyarakat,” katanya.

Pasangan itu dipercayai mempromosikan ‘perniagaan’ mereka menerusi aplikasi WeChat untuk mencari pelanggan.

Haish, macam-macam lah orang zaman sekarang ni. Gunakan lah saluran media tu dengan betul, bukannya buat perkara yang lagha!

Sumber: Lobakmerah.com


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post