Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan bahawa terdapat 36 kes yang telah pulih pada hari ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 36 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,030 kes (97.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebook, beliau juga memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 10 kes baharu Covid-19 yang dicatatkan hari ini termasuk 8 kes import dan 2 kes tempatan.
Sehingga 28 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 10 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,306 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 151kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Lapan kes import
Ingin dimaklumkan daripada 10 kes baharu yang dilaporkan, lapan (8) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara satu (1) warganegara Malaysia dan tujuh (7) bukan warganegara. Lapan (8) kes import tersebut adalah dari negara:
i. India (5 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 2 kes di Selangor); dan
ii. Filipina (1 kes di Sarawak).
Dua kes penularan dalam negara
Daripada dua (2) kes penularan di dalam negara, satu (1) kes adalah warganegara Malaysia dan satu (1) kes bukan warganegara. Kes warganegara Malaysia yang dikesan di negeri Kedah adalah daripada saringan bergejala. Manakala kes bukan warganegara yang dikesan di negeri Selangor adalah kes saringan tahanan yang merupakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil.
Sehingga kini, terdapat lapan (8) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana enam (6) kes memerlukan bantuan pernafasan.
Status terkini COVID-19 setakat 28 Ogos 2020
Jumlah discaj baru: 36
Jumlah kumulatif discaj: 9030 (97.0%)
Jumlah kes baru; 10
Jumlah kumulatif: 9306
Jumlah kes aktif: 151
Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 125 (1.34%)
Jumlah kes di ICU: 8
Pesakit intubated: 6 pic.twitter.com/6k9oA8Ndqr
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 28, 2020
Tambahnya lagi, tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 125 kes bersamaan 1.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
The post 10 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 8 Kes Import Dicatatkan Hari Ini – KP Kesihatan appeared first on Suara Viral Malaysia.
source: Suara Viral Malaysia