Anzalna Nasir Bakal Nikah Februari 2016

Jangan lupa untuk LIKE Fanpage FB kami yang terbaru. Terima Kasih..

Menerusi rancangan hiburan yang bersiar secara langsung di TV3, Melodi, Anzalna membuat pengumuman akan tarikh pernikahannya bersama kekasih, Hanif Zaki. Anzalna berkata yang dia dan kekasih bakal mengakhiri zaman bujang mereka pada 21 Februari 2016 di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Resepsi mereka pula bakal diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 27 Februari 2016. Anzalna turut menyatakan terima kasih pada peminat-peminatnya yang tidak putus menyokongnya dari dulu sampai sekarang.

Bahkan pelakon jelita ini turut memberikan penjelasan tentang keputusannya untuk tidak menghebahkan terlalu awal akan status dan perancangan perhubungannya bersama kekasih.


“Kepada peminat Anzalna, thank you so much, support Anzalna dulu sampai sekarang. Saya bukan nak elak, bukan nak rahsiakan apa-apa. Selagai tak confirm, takut nak bersuara. Kita hanya mampu merancang dan harap semua berjalan dengan lancar,” jelas pelakon ini.

Anzalna turut berkongsi tentang pilihan konsep perkahwinannya nanti iaitu ala Inggeris. Pelakon ini menjadikan Kate Middleton sebagai idolanya, jadi pastinya dia memilih ciri-ciri perkahwinan Diraja British.

“Saya suka konsep perkahwinan Diraja British persis Kate Middleton kerana beliau merupakan idola saya. Lagipun tarikh lahir saya dan Kate Middleton jatuh pada hari yang sama,” ujarnya pada media yang ditemui di TV3.


Namun, ia bukanlah bermakna yang Anzalna melupakan adat perkahwinan Melayu. Kedua-dua pasangan ini bersetuju untuk tampil memakan pakaian tradisi Melayu ketika resepsi kedua mereka di Dewan Perdana Felda pada 3 April pula nanti.

Soal berbulan madu pula, Anzalna dan kekasihnya memilih untuk berbulan madu di Maldives atau Kepulauan Bora-bora di Perancis. Ini kerana mereka menginginkan ketenangan kala berbulan madu bersama. Bahkan, dikhabarkan mereka juga merancang untuk membawa kedua-dua belah keluarganya untuk menunaikan umrah kelak.


Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post