PANAS! BENARKAH SHAHIR AF MEMINANG ERRA FAZIRA?


Nampaknya gosip antara Erra Fazira dan Shahir AF8 masih belum reda apabila timbul cerita mengatakan Shahir baru-baru ini sudah menghantar rombongan meminang Erra. Malah cerita tersebut juga sudah menjadi viral di alam maya. 

Lebih meyakinkan mereka, Erra sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka berdua sedang mengenali hati budi masing-masing serta kerap berhubung melalui telefon. 


Meskipun Erra dan Shahir tidak pernah mengaku sedang bercinta, namun pengakuan Erra yang dia sedia menerima jodoh dengan lelaki yang lebih muda daripadanya membuat ramai memandang ke arah Shahir. 

Malah ada pula yang mendakwa bahawa Shahir merupakan jejaka yang berjaya menyedarkan primadona itu untuk memakai hijab. 

Sejauh mana kebenaran gosip ini? Hanya Erra dan Shahir sahaja yang mengetahuinya. 

Dan jika benar telah dirisik, tahniah diucapkan.

 


SUMBER - www.myartis.com

Post a Comment

Previous Post Next Post