Tiga saintis Malaysia disenarai sebagai ‘minda paling berpengaruh di dunia’

Tiga pakar kejuruteraan kimia yang berkhidmat dengan universiti di Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai antara ‘Minda Paling Berpengaruh Di Dunia 2015’ daripada Thomson Reuters.

Laporan dikeluarkan baru-baru ini, menyenaraikan mereka adalah Prof Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud dan Prof Dr Siti Khatum Kamarudin, kedua-duanya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tiga saintis Malaysia disenarai sebagai 'minda paling berpengaruh di dunia'

Tiga saintis Malaysia disenarai sebagai ‘minda paling berpengaruh di dunia’

Kepakaran mereka adalah dalam bidang tenaga hidrogen dan sel bahan bakar.

Turut berada dalam senarai satu peratus saintis paling terkemuka di dunia itu ialah rakyat Iraq, Prof Dr Bassim H Hameed dalam bidang kejuruteraan reaktor dan penjerapan, dari Universiti Sains Malaysia.

 

Dalam kenyataannya, Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) berkata daripada sembilan juta saintis di seluruh dunia, 3,000 dari 21 bidang sains dan sains sosial disenaraikan dalam laporan itu.

Katanya para penyelidik terkemuka itu dipilih melalui hasil analisis terhadap data kutipan bagi tempoh 11 tahun, dan pengenalpastian mereka yang menerbitkan paling banyak tulisan yang amat terpuji.

Data kutipan itu diambil daripada pangkalan data kutipan saintifik Thomson Reuters Web of Science. 

Sumber : Mstar

Post a Comment

Previous Post Next Post