Ahmad Dhani Akan Menjadi Gabenor Pertama Jakarta Berambut Mohawk?

Jangan lupa untuk LIKE Fanpage FB kami yang terbaru. Terima Kasih..

Pemuzik terkenal Ahmad Dhani dikatakan akan bertanding menentang Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dalam pilihan raya memilih Gabenor Jakarta tahun depan.. Ahmad Dhani akan dicalonkan oleh Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) untuk merebut jawatan berkenaan.

Menurut Pegawai PKB, Abdul Aziz, Ahmad Dhani mempunyai bakat yang tidak dimiliki kebanyakan orang.. Dia merasakan Ahmad Dhani mampu mengembangkan pembangunan Jakarta.

Apabila Ahmad Dhani ditanya mengenai gaya rambut ala Mohawknya itu akan dikekalkan atau tidak, dia mengatakan dia akan tetap mempertahankan gaya rambut ala Mohawk sampai bila pun walaupun ditakdirkan suatu hari nanti dia dipilih sebagai Gabenor Jakarta.

Tapi sesuai ke Gabenor Jakarta dengan penampilan seperti itu?? Huhhuu.. Kalau dah jiwa rock, rock juga lah sampai bila pun ye.. Nampaknya Gabenor Jakarta selepas ini akan menampilkan sesuatu kelainanan.

Difahamkan, Parti Kebangkitan Bangsa mencadangkan supaya Ahmad Dhani dicalonkan sebagai Gabenor Jakarta dalam pemilihan 2017, kerana mengambil kira sumbangan ketua kumpulan Dewa 19 itu bersama pertubuhan berkenaan sejak 1998.. Ahmad Dhani antara artis Indonesia yang aktif dalam politik.

Indonesia dikatakan mengamalkan demokrasi menyeluruh dalam pelantikan ketua kerajaan dengan mengadakan pilihan raya presiden, gabenor, datuk bandar hingga ketua kampung.


Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post