Raya dulu, raya sekarang. Ini adalah 6 perbezaan paling ketara!

Raya dulu, raya sekarang. Ini adalah 6 perbezaan paling ketara!

 

meriam raya new

Kredit video: Fay_rule Meran

Ish.. Macam tak percaya pula tak lama lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri dah kan? Rasanya baru je makan ketupat, lemang, rendang tahun lepas. Dah nak raya balik…

Tapi, korang perasan tak yang raya zaman sekarang ni dah kurang meriahnya berbanding dulu-dulu. Sebab faktor usia yang dah meningkat ke yang membuatkan suasana perayaan tu dah kurangumph? Well, kami dah temui 6 perbezaan paling ketara antara raya dulu dan raya sekarang.

1. Kiriman kad raya VS WhatsApp rayafree je

kad raya 2

Kredit video: samm s

Masih ingat lagi dulu bila menjelang Hari Raya Aidilfitri, kebanyakan supermarket mula menjual kad raya yang cantik-cantik. Ada yang bermuzik, ada yang bercorak ketupat. Malah, lebih rajin lagi kalau boleh buat sendiri kad raya tu.

Memang excited nak kirimkan kad raya kepada keluarga dan sahabat handai. Lepastu, kad raya yang kita dapat pula boleh gantung buat hiasan dinding di rumah.

Screen Shot 2016-06-10 at 1.34.25 AM

Tapi, sekarang ni dah lain. Kita selalu dapat dan beri ucapan Selamat Hari Raya pun menerusi aplikasi WhatsApp je. Itupun kadang-kadang si penerima tak baca pun. Aih, dah raya ketiga baru‘bluetick’, lepastu tak reply pulak. Katanya busy…

2. Ziarah sanak saudara VS tengok TV, online

ziarah 2

Kredit video: SEEDS Brunei

Masa dulu, lepas je solat Aidilfitri, mula la mak ayah sibuk nak beraya ke jiran tetangga, keluarga dan sahabat handai. Memang makan sepanjang hari sampai sendat perut.

Yang paling best bila masa tu dapat kumpul duit raya. Dapat seringgit pun dah cukup besar dah. Boleh beli mercun pop pop balik beraya nanti.

Screen Shot 2016-06-10 at 1.59.02 AM

Namun, lain pula yang terjadi musim raya sekarang bila stesyen televisyen berlumba-lumba menyiarkan drama raya dengan umpan hero kacak dan heroin jelita sebagai modal. Sudah tentu ramai tak senang nak beraya mengenangkan ada drama favourite menanti di rumah.

Takpun, untuk yang muda remaja, jadi berat hati nak tinggal rumah sebab susah nak online melayan Facebook dan Twitter!

3. Lagu raya penuh syahdu VS layan lagu Korea

lagu raya 1

Perasan tak yang lagu raya zaman dulu-dulu memang menusuk jiwa malah orang cakap memang all time favourite dan masih enak didengar sehingga sekarang.

gg

Tapi, sayangnya zaman sekarang sangat kurang lagu-lagu baru hari raya yang menyentuh jiwa dan kalbu dihasilkan. So, sebagai option, ramailah muda belia hantu k-pop yang masih asyik melayan dan nyanyian artis cilik mereka daripada menghayati erti hari raya tu sendiri. Bayangkan balik kampung layan lagu k-pop? Ish..ish..ish…

4. Baju raya tradisional VS baju raya Hipster. Seriusla..

baju raya 2

Kalau zaman dulu, dalam 3-4 bulan sebelum raya, dah mula busy cari tailor untuk jahit baju kebaya, baju kurung, baju Melayu. Maka, tukang jahit pun memanglah tak menang tangan masa tu.

Screen Shot 2016-06-10 at 5.05.49 AM

Tapi, di zaman yang serba moden ni, baju raya pun di’hispter’ kan. Adoi la. Kebanyakan baju raya ‘hipster’ macam dalam gambar ni memang mudah didapati sebab jenis ‘ready to wear’.

5. Duit raya VS password Wifi..LOL.

duit raya 2

Bercakap pasal duit raya, golongan kanak-kanak la yang paling seronok! Masa ni lah nak kumpul duit tabung. Masa admin kecik-kecik dulu, memang seharian pergi beraya ramai-ramai. Balik rumah minta mak kirakan berapa duit yang terkumpul. Hehe.

Screen Shot 2016-06-10 at 12.01.31 PMMesti sekarang banyak dialog “Eh, apa password wifi rumah kau ni?” diajukan oleh para tetamu yang berkunjung ke rumah. Katanya nak check in dekat Facebook. Tuan rumah pun bagilah password sebab nak jaga hati tetamu. Haha.

6. Juadah raya tradisional VS kuih tunjuk!

bahulu 2

Lagi satu, zaman dulu semua ‘do it yourself’. Masak rendang, bakar lemang, anyam ketupat, bakar kuih bahulu. Masa tu memang sibukla mak-mak korang kat dapur nak siapkan juadah raya. Silap haribulan memang korang kena menunggu kat luar sampai lemang siap masak!

Screen Shot 2016-06-10 at 12.10.55 PM

Tapi, dek kerana sibuk, zaman sekarang ni ramai beli je kuih di kedai-kedai. Malah, lagi senang ada yang order daripada online je. Tahu-tahu dah sampai depan rumah. Betul tak?

Screen Shot 2016-06-10 at 12.21.12 PM

Walau macamana pun perbezaan raya anda dulu dan raya anda sekarang, korang haruslah menghayati erti raya itu yang sebenarnya dan cipta memori terindah untuk diingati sampai bila-bila. Apa yang penting, hubungan kekeluargaan dan persahabatan korang akan terus terjalin utuh!

Sumber : Raya dulu, raya sekarang

Post a Comment

Previous Post Next Post