Jenazah pengasas Mydin akan dikebumikan pada rabu kerana menunggu kepulangan 2 anak perempuan dari luar negara

Pengasas pasar raya besar Mydin, Mydin Mohamed Ghulam Hussein,88 meninggal dunia di Hospital Pantai, Bangsar, 5.06 petang tadi akibat sakit tua.

Anak kedua Allahyarham, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, bapanya dimasukkan ke hospital berkenaan pada 5 petang selepas muntah darah di rumah.

Pengasas pasar raya Mydin sudah tiada

Pengasas pasar raya Mydin sudah tiada

“Arwah bapa kelihatan seperti biasa. Arwah pergi ke pasar raya Mydin di Jalan Masjid India, seperti biasa dan pulang ke rumah selepas waktu Zohor.

Selepas itu arwah rehat di rumah, namun dia terjaga dan terus muntah darah. Ahli keluarga lain yang berada di rumah terus membawa bapa ke Hospital Pantai sebelum doktor mengesahkannya meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Ameer, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Rabu ini selepas solat Zuhur kerana perlu menunggu kepulangan dua adik perempuan esok yang kini berada di luar negara.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post