“Masjid kutip puluhan ribu ringgit jangan ‘kedekut’ belanja tolong masyarakat” – Mufti Pahang

Masjid yang menerima derma sehingga puluhan ribu ringgit sebulan disaran supaya tidak “kedekut” membelanjakannya untuk menolong masyarakat.

"Masjid kutip puluhan ribu ringgit jangan 'kedekut' belanja tolong masyarakat" - Mufti Pahang

“Masjid kutip puluhan ribu ringgit jangan ‘kedekut’ belanja tolong masyarakat” – Mufti Pahang

Mufti Pahang berkata masjid tidak perlu berbangga dengan jumlah kutipan tinggi, sebaliknya derma itu perlu digunakan sebaik mungkin agar golongan memerlukan mendapat manfaat.

“Janganlah terlalu ketat dalam mengagihkan wang derma dan jika mengetahui terdapat golongan memerlukan, bolehlah dermakan untuk meringankan beban mereka.

Keratan akhbar menunjukkan anggaran hasil kutipan derma orang ramai di masjid-masjid utama seperti dalam tinjauan Harian Metro.Keratan akhbar menunjukkan anggaran hasil kutipan derma orang ramai di masjid-masjid utama seperti dalam tinjauan Harian Metro.

“Institusi pendidikan juga boleh dibina, sekali gus mewujudkan individu berilmu dalam kalangan masyarakat Islam,” kata Datuk Seri Abdul Rahman Othman kepada Harian Metro.

Berdasarkan tinjauan akhbar itu, masjid-masjid utama di seluruh negara menerima purata sedekah antara RM2,000 hingga RM10,000 setiap hari ini.

Dalam masa sebulan, jumlah itu boleh mencecah antara RM20,000 hingga RM100,000 atau antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.

Hasil kutipan ini, tambah Abdul Rahman, boleh diagihkan kepada ibu tunggal, anak yatim atau mereka yang kurang bernasib baik tanpa perlu melalui jabatan agama negeri masing-masing.

“Derma itu perlu digunakan sebaik mungkin. Janganlah disimpan saja,” katanya.

“Mungkin boleh mengadakan pelbagai program atau menambah kemudahan premis supaya masyarakat Islam boleh berniaga.”

Sumber : Projek MMO

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post