Video detik cemas lori terlebih muatan senget dan akhirnya terbalik, nasib baik tak hempap kereta yang lalu sebelah, lagi berapa saat je!

VIRAL menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook Info Roadblock JPJ/polis memaparkan detik-detik sebuah lori terbalik di KM57.5 Lebuh Raya Utara Selatan dari Alor Setar menghala ke Gurun kira-kira pukul 1.53 petang Jumaat.

Kemalangan tersebut dilaporkan telah menyebabkan kesesakan teruk di laluan berkenaan apabila lorong kanan terhalang.

Video detik cemas lori terlebih muatan senget dan akhirnya terbalik, nasib baik tak hempap kereta yang lalu sebelah, lagi berapa saat je!

Video detik cemas lori terlebih muatan senget dan akhirnya terbalik, nasib baik tak hempap kereta yang lalu sebelah, lagi berapa saat je!

Berdasarkan rakaman video itu, pemandu lori memandu dalam keadaan lorinya senget sebelah manakala sebuah kereta di belakangnya mengekori sambil merakamkan kejadian tersebut sebelum kemalangan berlaku.

Video: Detik Lori Terbalik Sebelum Nahas Di Lebuh Raya

Video berdurasi selama 37 saat itu malah telah disaksikan lebih 154,000 pengguna laman sosial Facebook.

Video yang dimuat naik dengan menggunakan tagline ‘Senget, senget, senget… dammmmm jatuh… Akhirnya tumbang jugak’ itu, menjadi viral di media sosial.

 

SumberMYNEWSHUB.CC

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post