Akhirnya punca penceraian Cat Farish didedahkan

Punca penceraian Cat Farish akhirnya didedahkan penyanyi itu sendiri, yang mengakui dia yang menjadi punca perceraian dengan Hartiny Ramly, 33, sejak April lalu.

Akhirnya punca penceraian Cat Farish didedahkan

Akhirnya punca penceraian Cat Farish didedahkan

Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 42, ketika dihubungi mengakui perkara itu terjadi akibat kesilapannya sendiri yang banyak mengabaikan rumah tangga dan terlalu fokus dengan kerjaya.

“Apabila sudah tiada persefahaman dan masing-masing mula ego, bercerai adalah jalan yang terbaik untuk kami.

Apa pun saya tidak menyalahkan bekas isteri, malah selepas bercerai banyak perkara berlaku yang menyedarkan diri saya,” katanya yang bercerai secara baik.

Mereka mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun yang lalu dan hasil perkahwinan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 9, Eva Latheefa, 6, dan Qul Iskandar, 5.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post