Demi anak baru lahir, Waris sanggup bersengkang mata

Penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu Rembau Most Wanted, Waris tidak ralat terpaksa bersengkang mata kerana teruja menyambut kelahiran anak sulungnya, Muddassir sejak seminggu lalu.

Waris sanggup bersengkang mata kerana anak

Waris sanggup bersengkang mata kerana anak

Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias, 27, berkata, beliau seronok menggalas tanggungjawab baharunya itu, malah sentiasa membantu isterinya, Izzati Amirah Kamaruddin dengan mengambil giliran menjaga anak lelaki mereka.

“Walaupun hanya berkesempatan melelapkan mata beberapa jam saja, tetapi saya seronok menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Disebabkan terlalu penat, saya pernah hampir terlelap ketika memberikan bayi susu.

“Saya tidak mahu terlepas momen penting melihat anak membesar depan mata. Saya ingin merasai setiap pengalaman itu, malah begitu teruja mencukur rambut anak ketika usianya mencecah seminggu, semalam.

“Saya juga mengazankannya selepas dilahirkan dan melakukan acara tahnik iaitu meletakkan manisan dalam mulut bayi menggunakan kurma serta madu seperti yang dianjurkan Islam,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Gadis Jolobu itu berkata, Muddassir dilahirkan secara normal pada 17 September lalu, jam 1.43 pagi dengan berat 2.46 kilogram.

Waris dan isteri diijab kabulkan di Surau Al-Wehdah, Taman Lestari Permai, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, pada 1 Ogos tahun lalu.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post