Galaxy Note 7 disahkan meletup kerana bateri, Samsung gantung jualan

Samsung hari ini, menggantung jualan model terbaru telefon pintarnya, Galaxy Note 7, berikutan bateri telefon berkenaan meletup.

Presiden Mobile Buissness Samsung Electronics, Koh Dong-Jin, berkata pihaknya telefon bimbit terkemuka dunia itu menyatakan ia menawarkan telefon baru model berkenaan kepada mereka yang sudah membeli Note 7 sejak ia dilancarkan pada 19 Ogos lalu.

Galaxy Note 7 meletup, jualan digantung

Galaxy Note 7 meletup, jualan digantung

Galaxy Note 7 meletup, jualan digantung

“Kami sudah menerima beberapa laporan bateri Galaxy Note 7 meletup. Kejadian itu juga sudah disahkan berpunca akibat masalah bateri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, sejak dilancarkan, lebih sejuta unit Note 7 sudah dijual di seluruh dunia dan Samsung mengesahkan menerima 24 laporan kejadian bateri telefon berkenaan bermasalah.

Sejak bulan lalu, pengguna menyiarkan gambar dan video di media sosial menunjukkan Note 7 yang hangus dengan skrin sentuh 5.7 inci ada kesan terbakar dan cair.

Masalah bateri itu menyebabkan Samsung terpaksa menangguhkan penghantaran Note 7 ke Eropah, termasuk Perancis serta menjejaskan jualan dalam negara.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post