Video Shah Rukh Khan hilang sabar, hampir tumbuk peminat kerana tarik lehernya

Pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan hampir menumbuk seorang peminat selepas hilang sabar dengan perbuatan biadap lelaki tersebut.

Menurut laporan Inquisitr, kejadian itu berlaku di Amsterdam ketika pelakon itu hadir bagi menjalani sesi penggambaran filem terbarunya, The Ring.

Video Shah Rukh Khan hilang sabar, hampir tumbuk peminat kerana tarik lehernya

Video Shah Rukh Khan hilang sabar, hampir tumbuk peminat kerana tarik lehernya

Video Shah Rukh Khan hilang sabar, hampir tumbuk peminat kerana tarik lehernya

Menerusi satu rakaman video yang tersebar, sebaik saja Shah Rukh atau lebih dikenali dengan panggilan SRK ini pada mulanya tersenyum walaupun dikerumuni ratusan peminat.

Bagaimanapun, akhirnya aktor berusia 50 tahun ini hilang pertimbangan selepas seorang peminat lelaki telah menarik lehernya dengan kasar secara tiba-tiba untuk merakamkan gambar ‘selfie’.

SRK kemudiannya dengan pantas menolak tangan lelaki tersebut dengan wajah yang marah dan mahu menumbuk lelaki berkenaan.

Melihat tindakan tersebut, beberapa pengawal peribadi SRK terus memegang dan menjauhkan peminat itu daripada pelakon tersebut.

Dalam pada itu, menerusi satu temubual bersama portal Deccan Chronicle, SRK menjelaskan dia bertindak demikian kerana peminat itu bersikap tidak matang.

“Peraturan saya mudah saja, saya sendiri dah beritahu pengawal peribadi saya bahawa peminat yang berusia di bawah 25 tahun mempunyai hak untuk bersikap kebudak-budakkan dan nakal.

“Saya ada anak-anak berusia 16 tahun dan 18 tahun dan mereka lakukan perkara-perkara yang tak boleh buatkan anda marah sehinggalah berusia 25 tahun,” jelasnya.

 

Sumber: Astrogempak

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post