Abang suspek samun di Ara Damansara minta maaf dan jelaskan ganti rugi

Abang sulung kepada seorang suspek samun di Ara Damansara, awal pagi semalam, meminta maaf kepada kedua-dua mangsa dan ingin bersemuka serta menjelaskan ganti rugi ekoran kejadian itu.

suspek samun di Ara Damansara

suspek samun di Ara Damansara

suspek samun di Ara Damansara

Dia yang ingin dikenali sebagai Mohammad, 27, berkata, kakak kepada seorang mangsa sudah menghubunginya sejurus dia memuat naik kenyataan di laman sosial Facebook (Fb).

“Petang tadi saya dah dapat menghubungi kakak seorang mangsa dan ingin meminta maaf. Usaha saya untuk bercakap dengan mangsa gagal disebabkan dia masih dalam keadaan trauma.

“Saya tak kisah mendapat kecaman daripada orang ramai kerana perbuatan adik saya adalah salah dan jika ia diabaikan, saya tidak dapat masuk syurga disebabkan mengabaikan kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, dia mendapat tahu kejadian itu petang semalam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas ia menjadi viral di media sosial.

“Saya tidak duduk sekali dengan adik sebab sudah berumah tangga dan kini tinggal di Kota Kemuning, manakala dia tinggal di Subang Jaya.

“Tindakannya mungkin disebabkan pengaruh sekitar dan kawan-kawannya kerana dia ibarat gelandangan selepas melarikan diri daripada Sekolah Tunas Bakti di Taiping sejak Mac lalu,” katanya

Katanya, dia rasa bertanggungjawab terhadap kejadian yang dilakukan adiknya, 17, dan berharap dapat berjumpa mereka secepat mungkin.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post