Cuti sekolah tambahan selama 3 hari sempena Deepavali tahun ini

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat siarannya bilangan 19 Tahun 2015, menyelaraskan bahawa cuti perayaan Deepavali bagi sesi persekolahan tahun 2016 diberi cuti sekolah tambahan selama tiga hari.

Menurut kenyataan daripada laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia, tarikh cuti perayaan itu sudah diselaraskan bagi sesi persekolahan tahun 2016, yang membabitkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Cuti sekolah tambahan selama 3 hari sempena Deepavali tahun ini

Cuti sekolah tambahan selama 3 hari sempena Deepavali tahun ini

Sumber gambar: postmetro.net

Cuti sekolah bagi perayaan Deepavali sudah ditetapkan iaitu bermula pada 29 Oktober sehingga 1 November 2016 bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Manakala cuti perayaan bagi sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya, bermula pada 28 Oktober Sehingga 1 November 2016.

Katanya, semua sekolah hendaklah mematuhi cuti perayaan yang diperuntukkan Kementerian dan cuti berkenaan tidak perlu diganti.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post