Elak kucing melintas punya pasal, kereta warga emas hilang kawalan rempuh 3 kenderaan lain

Gara-gara ingin elak kucing melintas jalan, kereta yang dipandu oleh seorang warga emas berusia 65 tahun hilang kawalan lalu menyebabkan nahas empat kenderaan di Pekan Kota, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.00 malam itu, empat kenderaan yang terlibat ialah kereta jenis Proton Saga dari arah Tampin, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dari arah Rembau, manakala, dua kenderaan yang diparkir di bahu jalan iaitu kereta jenis Proton Saga FLX dan Perodua Kancil.

Elak kucing melintas punya pasal, kereta warga emas hilang kawalan rempuh 3 kenderaan lain

Elak kucing melintas punya pasal, kereta warga emas hilang kawalan rempuh 3 kenderaan lain

Menurut pemandu MPV, Mohd Shah Nordin Yahya, 50, ketika kejadian dia bersama isteri serta tiga anak perempuannya berusia 11 hingga 16 tahun dalam perjalanan pulang ke kampung iaitu dari Senawang menuju ke Felda Bukit Jalor Gemencheh.

“Bagaimanapun, secara tiba-tiba sebuah kereta dari arah bertentangan masuk ke laluan saya.  Saya tidak sempat mengelak dan terus berlaku perlanggaran sehingga menyebabkan bahagian hadapan kereta saya remuk teruk.

“Kami semua kini mengalami sakit-sakit di bahagian badan dan leher susulan rempuhan kuat berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kemalangan, di sini, malam kelmarin.

Pemandu kereta Proton Saga FLX, Mohd Jahin, 64, berkata, ketika kejadian dia berada di kedai makan dan terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat dari arah jalan dan tidak menyangka kenderaannya yang di parkir di tepi jalan turut dilanggar.

“Pemandu kereta Proton Saga berkenaan kata nak elak kucing tapi saya tak sangka pula hanya ingin mengelak kucing rempuhan teruk seperti ini berlaku.  

“Mujur tiada kecederaan teruk menimpa keluarga yang ingin pulang ke kampung itu,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya ada menerima laporan daripada mangsa kemalangan dan kes berkenaan disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post