Terbaharu, pengakuan pelakon Faye Kusairi yang kini sudah tidak segan lagi mengatakan yang bekas suami Elly itu adalah kekasihnya.

Elly Mazlein mengaku menyesal berkahwin

Elly Mazlein mengaku menyesal berkahwin

Elly Mazlein mengaku menyesal berkahwin

Selama ini pelakon tersebut menafikan hubungannya dengan Azmi adalah punca kepada penceraian Elly.

Baca artikel sebelum: Elly Mazlein ucap terima kasih Faye Kusairi kerana mengaku bercinta dengan bekas suaminya

Kata Elly, 35, ketika dia dihimpit kesusahan, diceraikan semasa kandungan berusia lima bulan dan menjaga diri sendiri ketika dalam pantang, dia mendiamkan diri kerana mahu menjaga aib pelbagai pihak.

“Saya tak bersuara dan tak memberi sebarang komen atas apa yang terjadi. Saya diamkan sebab tak mahu membuka aib, pekung dan kesedihan yang saya simpan selama ini.

“Saya fokus kepada rumah tangga sepenuh hati tetapi pengakhirannya, saya yang merana dan ditinggalkan ketika sedang mengandung. Saya tak mampu melihat gambar hari pertama Putri Sara Sephia dilahirkan.

“Detik menerima kelahirannya sangat indah tetapi detik itu jugalah yang cukup memilukan hati. Lelaki yang berjanji akan menjaga saya ketika pantang, tidak menunaikan janjinya. Dia sekadar datang menqamatkan Sephia dan hilang tidak lagi menjengah.

“Serik dengan lelaki? Jawapan saya ialah sangat serik. Adakalanya saya terasa menyesal dengan perkahwinan yang saya anggap satu sejarah hitam dalam hidup saya.

“Buat masa ini, memang saya tidak berhajat dan tidak pernah terfikir mengenai lelaki. Cukuplah ada Sephia dan bapa saya sahaja dalam hidup ketika ini. Soal lain, saya ketepikan. Saya dah serik,” kata Elly.

Raih simpati
demi anak

Kata Elly Mazlein yang pernah popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini memberitahu, selepas agak lama mendiamkan diri, sudah tiba masanya untuk dia membuka cerita tentang kebenaran.

“Awalnya bukan mudah mahu memujuk hati yang sangat terluka. Banyak yang saya diam dan pendamkan. Tapi rasanya sekarang, saya perlu bercerita tentang kebenaran kerana hak anak saya, Putri Sara Sephia yang kini berusia tujuh bulan.

“Selepas dua tahun tidak bekerja dan menumpukan perhatian dan menjaga rumah tangga, saya tidak punya pendapatan.

“Sebab itu saya tidak kisah kalau dikatakan meraih simpati ramai dengan cerita saya sebab daripada simpati itulah saya mendapat pelbagai tawaran berlakon.

“Sejak saya mula bersuara, Alhamdulillah saya mendapat tawaran berlakon yang tidak putus-putus.

“Cuma apa yang saya lihat, aib yang saya cuba tutup, akhirnya terbongkar satu demi satu. Orang lain pun boleh menilainya apabila bekas suami dan wanita yang dikaitkan dengannya membuka aib sendiri. Bukan saya yang mulakan,” kata Elly. – Gambar AMIN FARIJ HASAN

GV3 buka platform menyanyi

Elly Mazlein menganggap pemilihannya menyertai program Gegar Vaganza musim ke-3 (GB3) adalah tuah yang tak boleh ditolak.

“Ini satu platform untuk saya kembali mengasah bakat nyanyian. Kali pertama ditawarkan ialah dua tahun lepas tetapi ketika itu saya mengandung. Kali ini saya tak mampu tolak lagi kerana saya mahu cari rezeki untuk anak.

“Mengetahui konsep GV3 yang diadili sepenuhnya oleh juri profesional, saya menyiapkan mental dan fizikal saya untuk berdepan dengan mereka. Jika `dihentam’ dengan juri pun, kenalah tabah dan tahan telinga mendengar kerana itulah cabarannya.

“Cumanya saya bimbang dengan tema lagu pada setiap minggu terutama konsep rock. Saya pula bukan berjiwa rock,” kata Elly dengan nada lembut.