Najib sedih pembangkang benci dan nista arwah Haron Din

Selain menyebut angka ekonomi dan mengumumkan peruntukan menarik, perdana menteri juga tidak lupa mengenang mereka yang telah kembali ke rahmatullah, termasuk tokoh ulama Datuk Dr Haron Din.

PM sedih pembangkang sendiri ‘benci, nista’ Dr Haron Din

PM sedih pembangkang sendiri ‘benci, nista’ Dr Haron Din

Dalam ucapan Bajet 2017, Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun dalam nafas yang sama menyindir perdamaian Tun Dr Mahathir Mohamad dengan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah, bulan lalu.

“Jelas sekali, meskipun Allahyarham tuan guru [Dr Haron] berada di landasan politik berbeza, namun kita tetap menyanjung tinggi perjuangan beliau untuk ummah, dan pihak kerajaan telah menganugerahkan gelaran tokoh khas Maal Hijrah 2016 kepadanya.

“Tapi kita berasa sedih dan kecewa, kerana ada kalangan pihak pembangkang sendiri yang terang-terangan membenci dan menista beliau,” katanya di depan barisan ahli-ahli Dewan Rakyat hari ini.

Najib juga menyebut sumbangan tokoh veteran Umno Tan Sri Abdul Aziz Tapa yang meninggal dunia pada usia 93 tahun, awal bulan ini.

Perdana menteri turut menceritakan pesanan Dr Haron kepadanya sewaktu menziarahi beliau di hospital. Najib bagaimanapun tidak menyatakan bila kunjungan tersebut.

Tokoh PAS itu meninggal dunia dan disemadikan di California, Amerika Syarikat bulan lalu.

Dr Haron berpesan kepadanya, kata Najib lagi, “jika kita suka kepada seseorang itu berpada-padalah,… mana tahu kelak kita akan membencinya.

“Kalau kita benci kepada seseorang itu pula, berpada-pada jugalah,… kerana mungkin orang yang dibenci itu kelak akan menjadi orang yang kita sayang.”

Selepas itu, Najib sepintas lalu merujuk peristiwa bekas perdana menteri yang bertemu dan berjabat tangan berdamai dengan Anwar di mahkamah, 5 September lalu.

“Barangkali, itulah sampai ke mahkamah seorang mencari seorang yang pernah dia benci,” katanya.

Dr Mahathir kemudian menyatakan beliau sudah berdamai dengan musuh politiknya itu, susulan pemecatan pada 1998, tetapi kini sama-sama dalam barisan pembangkang.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post