Putera Arab Saudi Dihukum Mati Kerana Membunuh, Kes Pertama Hudud ke Atas Kerabat Diraja

Sekadar gambar hiasan/Foto: Gulf Daily News

SEORANG putera Arab Saudi telah dijatuhi hukuman mati pada Selasa selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki dalam kejadian tiga tahun lalu, menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Mahkamah Saudi menjatuhkan hukuman mati ke atas Putera Turki Saud al-Kabir kerana menembak mati seorang warga Arab, Adel bin Suleiman bin Abdul Karim Mohaimeed dalam pergaduhan berkumpulan di pinggir Riyadh, lapor English Alarabiya.

Menurut laporan tersebut, pihak berkuasa telah berjaya menahan suspek. Selepas siasatan dijalankan, Mahkamah Agung mendakwa baginda atas tuduhan melakukan jenayah dan menjatuhkan hukuman mati.

Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Agung masing-masing bersetuju atas tuduhan tersebut dan perintah Diraja telah dikeluarkan bagi melaksanakan hukuman yang diputuskan mahkamah terhadap pesalah.

Kenyataan itu juga menyatakan kesungguhan Raja Salman terhadap penguatkuasaan keselamatan, keadilan dan penghakiman Tuhan.

Keluarga mangsa dilaporkan menolak tawaran membayar ganti rugi (diyat) sebaliknya menuntut keadilan, tambah English Alarabiya memetik kenyataan kementerian itu.

Sementara BBC yang memetik satu senarai yang dikeluarkan agensi berita AFP sebagai berkata, putera itu adalah antara salah seorang daripada 134 pesalah yang menjalani hukuman mati pada tahun ini.

Bagaimanapun, hukuman mati membabitkan keluarga kerabat Diraja jarang berlaku.

Berdasarkan rekod, antara kes paling terkenal melibatkan kerabat Diraja Arab adalah membabitkan pembunuhan Raja Faisal yang mati dibunuh anak saudaranya, Faisal bin Musaid al Saud pada tahun 1975.

- mD

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post