Sokongan politik China dalam skandal 1MDB: Malaysia bakal beli kapal tempur China sebagai balasan

Malaysia akan  membeli kapal tempur pesisir daripada China dalam kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Beijing minggu depan, menurut catatan Facebook Kementerian Pertahanan.

Malaysia mahu beli kapal tempur China

Malaysia mahu beli kapal tempur China

Teks ucapan yang akan disampaikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dimuatnaik di Facebook pada Selasa, tapi kemudiannya diturunkan selepas Reuters menghubungi jurucakap kementerian untuk mendapatkan komen.

Pembelian kapal peronda itu, sekiranya diteruskan, akan menjadi pembelian pertahanan terbesar Malaysia dengan China, ketika suasana di Laut China Selatan tegang akibat persaingan antara Amerika Syarikat dan China untuk pengaruh di rantau itu.

Hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat juga tegang apabila Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat membuat tuntutan undang-undang yang berkait dengan siasatan pengubahan wang ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diasaskan dan dipengerusikan oleh Najib dalam badan penasihat syarikat.

Najib akan berkunjung di China pada Ahad selama satu minggu.

“Pada 5 November 2016, Kementerian Pertahanan akan menandatangani kontrak pemerolehan Kapal Tempur Pesisir (LMS) dengan Sastind (Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Negara China), bahagian penting dalam jadual lawatan rasmi perdana menteri ke China,” kata Hishamuddin menurut catatan Facebook itu.

Bagaimanapun, satu rakaman video ucapan Hishamuddin di kementerian pertahanan tidak menyatakan kontrak itu.

Seorang jurucakap kementerian tidak mahu memberikan komen dan pejabat perdana menteri belum menjawab permohonan untuk mendapatkan komen.

Kapal tempur pesisir merupakan kapal peronda berkelajuan tinggi yang boleh dilengkapkan dengan dek helikopter dan peluru berpandu. Lazimnya digunakan untuk keselamatan pantai, rondaan maritim dan pengawasan, tetapi boleh juga dikerah untuk bantuan bencana dan operasi mencari dan menyelamat.

China menuntut sebahagian besar Laut China Selatan sebagai kawasannya. Tetapi Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam turut merebut sebahagian laluan itu, yang menjadi laluan strategik untuk perdagangan bernilai kira-kira AS$5 trilion (RM21.01 trilion) setahun.

Kemuncak hubungan 2 negara

Hubunhan antara Malaysia dan China mencapai aras baharu pada Disember apabila China menyelamatkan Najib dengan perjanjian AS$2.3 bilion (RM9.66 bilion) untuk membeli aset 1MDB, seraya meringankan kebimbangan Najib akan hutang syarikat itu.

Najib akan berkunjung ke China diiringi berbelas pemimpin kerajaan dan perniagaaan. Dalam satu kenyataan pada Rabu, beliau berkata Malaysia komited memperkukuh setiakawan dengan China dan mengangkat hubungan ke aras yang lebih tinggi.

Usaha memperkukuh hubungan dengan China menyusuli tuntutan undang-undang Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada Julai yang membabitkan Najib dalam suatu skandal pengubahan wang.

Tuntutan itu mendakwa lebih AS$3.5 bilion (RM14.70 bilion) digelapkan daripada 1MDB, dan sebahagiannya dikesan kepada Malaysian Official 1, yang dikenalpasti oleh pihak berkuasa AS dan Malaysia sebagai Najib.

Najib menafikan sebarang kesalahan dan berkata Malaysia akan bekerjasama dengan siasatan antarabangsa itu.

Malaysia mungkin membeli sehingga 10 buah kapal tempur pesisir pada harga RM300 juta setiap satu, kata Lam Choong Wah, seorang penyelidik kanan di Refsa, sebuah institut penyelidikan. Beliau juga penulis buku kemampuan ketenteraan Malaysia.

“Sebenarnya kita boleh beli kapal seperti itu daripada beberapa negara lain. Tetapi China satu-satunya negara yang memberi sokongan politik kepada Malaysia dalam skandal 1MDB. Ini balasan untuk sokongan itu.”

Lawatan Najib menyusuli Presiden Filipina Rodrigo Duterte, yang mengumumkan negaranya akan “berpisah” daripada AS dan menandatangani pelbagai perjanjian persefahaman untuk membawa masuk pelaburan China.

Minggu lepas, Malaysia mengumumkan pengurangan RM2 bilion dalam belanjawan pertahanan 2017 berbanding tahun lepas.

Projek membangunkan kor amfibia antara projek yang ditinggalkan, kata Euan Graham, pengarah program keselamatan antarabangsa di Institut Lowy, sebuah badan pemikir di Sydney, Australia.

“Projek itu menyaksikan marin AS menjadi perantara dengan Malaysia,” kata Graham.

“Jadi inisiatif yang disokong AS sudah mati,” kata Graham. “Dalam masa yang sama, jambatan baharu dibuka ke China. Jika dibaca secara bersama, sama ada memang dirancang Malaysia atau tidak, ia memberi isyarat menarik diri daripada AS dan mahu mencapai China.”

 

Sumber: Free Malaysia Today



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post