Wanita khayal hamil palsu tikam dan cuba curi janin seorang remaja

Seorang wanita diburu disyaki menikam dan cuba mencuri janin seorang remaja hamil lapan bulan.

Mirrian Siqueira, 25, melarikan diri selepas cuba mencuri janin Valissia Fernandes de Yesus.

Wanita bunuh remaja hamil, cuba ambil janin

Wanita bunuh remaja hamil, cuba ambil janin

Mayat gadis berusia 15 tahun itu ditemui suami suspek, Mateus di dalam tong sampah di belakang rumahnya di Pitangueiras bersama janin yang ditinggalkan di dalam tab mandi bersebelahan mayatnya.

Suspek yang merupakan penjual produk bayi memberitahu rakan serta keluarganya dia mengandung dan bertemu dengan remaja itu di sebuah studio fotografi untuk ibu hamil.

Dia dikatakan menjemput Valissia ke rumahnya untuk menunjukkan beberapa kasut bayi sebelum membunuh remaja itu.

Sementara itu, kakak mangsa, Elida berkata, Mirrian mengalami khayalan kehamilan palsu sejak dia disahkan tidak boleh hamil.

“Dia menoreh perut adik saya untuk mengambil bayinya. Perut Mirrian yang besar jadi semua orang percaya cerita mengenai kehamilannya adalah benar.

“Sekarang kamu mahukan keadilan. Kami mahu wanita itu ditemui dan perlu membayar apa yang telah dia lakukan,” katanya dipetik Mail Online.

Suami suspek memberitahu media tempatan, dia menjumpai mayat gadis itu selepas pulang dari bar dan mendakwa isterinya mengaku menikam Valissia  sebelum melarikan diri.

“Mirrian berkata dia sedang mengandung dan saya tidak tahu di mana dia berada sekarang,” katanya.

Bayi berkenaan dipercayai meninggal dunia akibat torehan di muka.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post