Wanita Korea berwajah cair curi simpati netizen

Wanita Korea berwajah cair curi simpati netizen  | KISAH kehidupan Shim Hyun Hee yang mengejutkan namun amat meruntun jiwa ini telah menyentuh hati ramai para netizen di Korea Selatan.

Dalam rancangan Capture That Moment- How is That Possible siaran 20 Oktober lalu, liku-liku kehidupan Hyun Hee sebagai penghidap penyakit neurofibromatosis didedahkan kepada umum.

Wanita Korea berwajah cair curi simpati netizen

Wanita Korea berwajah cair curi simpati netizen

Neurofibromatosis merupakan penyakit kelainan genetik dimana pertumbuhan sel terganggu sehingga tumbuh tumor-tumor pada jaringan saraf. Tumor tersebut umumnya bersifat benign atau statik dan boleh wujud di berbagai bahagian dari sistem saraf, seperti pada otak mahupun saraf tulang belakang hingga saraf-saraf somatik.

Seawal usianya 2 tahun, Hyun Hee telah menghidapi glaukoma, yang akhirnya mengakibatkan dia hilang daya penglihatan ketika dia mencecah 13 tahun.

 

Lebih menyayat hati, pada usianya 18 tahun, wajah Hun Hee mulai ‘mencair’ dan ditumbuhi tumor yang banyak.

 

Bukan sahaja itu, malah terdapat sebuah lubang lopong di bahagian belakang kepala kerana wanita berusia 33 tahun itu dilahirkan tanpa sebahagian tempurung kepalanya.

Pertumbuhan fizikal Hyun Hee juga terbantut dan hanya bersaiz kanak-kanak sekolah rendah oleh kerana kesukaran yang dihadapinya untuk mengambil makanan.

Menurut bapa Hyun Hee, wanita itu telah menjalani beberapa siri pembedahan sebelum ini, namun kesemua prosedur itu tidak membantu untuk memulihkan kondisinya oleh kerana neurofibromatosis merupakan sebuah penyakit yang tiada penawar.

Bagaimanapun, Hyun Hee masih berharap agar dia dapat menjalani kehidupan normal seperti wanita lain seusianya satu hari nanti.

Setakat ini, cerita tentang Hyun Hee telah tersebar secara meluas dalam kalangan netizen menerusi pelbagai saluran komuniti dalam talian.

Terkejut dan tersentuh dengan kepayahan yang dihadapi Hyun Hee, para netizen yang prihatin itu telah bersatu hati untuk membantu wanita tersebut dengan menyerahkan sumbangan ke dalam sebuah tabung yang dibuka oleh penerbit rancangan ‘Capture that Moment – How is that Possible’ itu.

Setakat ini, sebanyak KRW200j (RM73,5632.68) telah berjaya dikumpulkan bagi menampung kos pembedahan Hyun Hee.

Sumber: MYNEWSHUB.CC



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post