Ambil anak dari pusat pengasuh dalam keadaan lembik dan matanya membengkak?

HATI ibu bapa mana tidak luluh apabila ambil anak dari pusat pengasuh dalam keadaan lembik dan matanya membengkak?

Menurut seorang pelayar laman Facebook, beliau mengesyaki anaknya didera pengasuh walaupun diberitahu anaknya ‘terkena alat mainan Ultraman plastik’.

“Pada mulanya saya percaya sehingga sewaktu saya menjemput anak saya dalam keadaan lembik dan matanya mula bengkak,” kata pelayar berkenaan.

Namun begitu, imbasan X-ray yang dibuat menunjukkan tangan anaknya bengkok, malah pihak hospital mengatakan mata anaknya mengalami hentakan kuat.

“Kesan kesan lain juga seperti kesan kuku di celah kangkang dan celah punggung yang dalam dimana amik masa seminggu untuk hilang, lebam di dalam telinga, lebam dibawah hidung dengan alasan tidak logik.

“Alhamdullilah satu persatu petunjuk dan bukti yang membuat kami yakin untuk berjuang demi anak kami mangsa penderaan pengasuh,” kata pelayar berkenaan lagi.

Beliau juga percaya bukan anaknya sahaja yang menjadi mangsa penderaan pengasuh berkenaan.

“Kami berharap pihak itu tampil untuk menegakkan keadilan dan kita sama-sama membantu orang lain yang mungkin akan menghantar ke pengasuh ini,” kata beliau lagi.

Perkongsian berkenaan yang telah dibuat sejak 4 November lepas kini sudah menarik perhatian lebih 7,000 pelayar laman sosial.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post