Cikgu sekolah menengah mengedar dadah ditangkap

Polis Lawas menangkap seorang guru sekolah menengah yang disyaki mengedar dadah jenis syabu pada jam 5.50 petang semalam.

Ketua Polis Lawas, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata guru lelaki berumur 33 tahun itu ditangkap bersama-sama seorang lelaki berusia 36 tahun ketika mereka berada di dalam sebuah kereta di Jalan Merapok, Lawas.

Cikgu sekolah menengah mengedar dadah ditangkap

Cikgu sekolah menengah mengedar dadah ditangkap

“Berdasarkan siasatan kami, dadah itu tidak dijual kepada pelajar di sekolah tempat suspek mengajar,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebaliknya, kata beliau, dadah berkenaan adalah untuk dijual di daerah tanah tinggi Long Bawan, Indonesia.

“Kami telah mengesan dan memantau pergerakan mereka selama kira-kira empat bulan,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang berasal dari Kampung Punang, Berayong Lawas itu juga didapati positif ampethamine.

“Ketika polis menangkap mereka, satu paket syabu seberat 27.7 gram, yang dianggarkan bernilai RM4,000, didapati tersembunyi di dalam tempat letak tangan kenderaan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Kesatuan Guru-Guru Sarawak (STU), kesatuan guru terbesar di negeri ini, menyuarakan rasa terkejut tentang penangkapan guru berkenaan kerana ia boleh mencemarkan nama baik kerjaya perguruan.

Presiden STU, Jisin Nyud, berkata kesatuan itu sedia bekerjasama dengan polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memerangi masalah dadah. – BERNAMA

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post