“Dia ingat katil agaknya” – Bomba selamatkan lelaki hampir jatuh tidur di belebas tingkat 11

Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan lelaki yang tidur di belebas tingkat 11 apartment di Taman Perling, di sini, daripada terjatuh daripada bangunan itu, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Khairul Azhar Abd Aziz, berkata bomba menerima panggilan pada 9.08 pagi.

"Dia ingat katil agaknya" - Bomba selamatkan lelaki hampir jatuh tidur di belebas tingkat 11

“Dia ingat katil agaknya” – Bomba selamatkan lelaki hampir jatuh tidur di belebas tingkat 11

 

Beliau berkata, setiba pasukannya bersama sembilan anggota di lokasi kejadian, pihaknya mendapati lelaki berusia 28 tahun tidur di belebas dipercayai akibat mabuk.

“Anggota kemudiannya memasang alat keselamatan diri dan bersiap untuk menyelamatkan lelaki itu. Tapi, tiba-tiba, lelaki itu menukar posisi tidurnya daripada terlentang kepada mengiring dan hampir terjatuh,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, bagi menyelamatkan nyawa lelaki itu, seorang daripada anggota terpaksa bertindak pantas dengan turun ke belebas dan menggunakan ‘body harness’ iaitu menahan tubuh lelaki itu daripada terjatuh.

“Walaupun tindakan anggota bomba itu berjaya menyelamatkan nyawanya, ia sebenarnya mengundang risiko kerana anggota bomba ketika itu belum selesai memakai alat keselamatan secara menyeluruh. Saya bersyukur kerana keadaan itu tidak mengundang kejadian tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya anggotanya tidak bertindak sedemikian, sudah pasti lelaki berkenaan terjatuh selepas menukar posisi tidurnya.

Katanya, keadaan kemudian terkawal pada 9.20 pagi.

“Operasi ditamatkan pada 10.04 pagi. Lelaki berkenaan selamat,” katanya.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post