Masih panjang umur walau dilanggar lari dan diseret 18 meter bawah tayar kereta

Seorang wanita nyata masih panjang umur selepas dilanggar lari pemandu pikap yang turut mengheretnya sejauh lebih 18 meter di bawah tayar depan kenderaan terbabit.

Masih panjang umur walau dilanggar lari dan diseret 18 meter bawah tayar kereta

Masih panjang umur walau dilanggar lari dan diseret 18 meter bawah tayar kereta

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan saat wanita itu dilanggar dan diheret ketika dia sedang melintas jalan yang sibuk di Johannesburg, Afrika Selatan.

Dalam rakaman itu, pikap berkenaan tiba-tiba muncul dengan dipandu laju sebelum melanggarnya. Wanita itu diheret sekurang-kurangnya 18 meter dengan kepala dan bahunya dapat dilihat jelas di bawah kenderaan itu.

Mangsa yang tidak dinamakan bagaimanapun terselamat dan kini dirawat di Hospital Akademik Charlotte Maxeke Johannesburg.

Polis menunggu laporan perubatan sebelum membuat siasatan rasmi, tetapi gerakan Kesedaran Masyarakat dan Risikan Jenayah Afrika Selatan sudah melancarkan gerakan memburu pemandu itu di Facebooknya.

Rakaman kejadian sudah disaksikan lebih 10,000 kali sejak dikongsi di Internet dengan keterangan: “Tolong sebarkan kepada semua. Mari kita sama-sama mencari pesalah dalam kes mengerikan ini.” – Agensi

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post