Minum susu kambing dan lembu mentah boleh bawa maut – Ketua Pengarah Kesihatan

Minum susu kambing dan lembu mentah boleh bawa maut – Ketua Pengarah Kesihatan  | Amalan meminum susu mentah, termasuk susu lembu dan kambing tanpa perlakuan haba seperti pendidihan atau pempasteuran boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata susu mentah berkemungkinan mengandungi bakteria berbahaya seperti mycobacterium bovis atau brucella dan boleh mengakibatkan penyakit seperti seperti bovine tuberculosis (Bovine TB) serta Brucellosis.

Minum susu kambing dan lembu mentah boleh bawa maut - Ketua Pengarah Kesihatan

Minum susu kambing dan lembu mentah boleh bawa maut – Ketua Pengarah Kesihatan

“Pengambilan susu unta mentah tanpa perlakuan haba disyaki menjadi punca jangkitan penyakit Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) dalam beberapa kes kerana susu mentah mungkin mengandungi virus MERS-CoV dan semua penyakit ini boleh membawa maut.

“Kementerian Kesihatan menyedari penjualan susu mentah untuk diminum terus tanpa perlakuan haba dan pihak mendakwa ia selamat diminum.

“Mereka mendakwa kawalan rantaian sejuk dikekalkan dan susu berkenaan selamat untuk diminum terus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Penjualan susu mentah tanpa perlakuan haba adalah kesalahan mengikut Peraturan 51(1A), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Akta Makanan 1983, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Disember 2016.

Dr Noor Hisham berkata, sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun.

Kementerian Kesihatan turut meminta orang ramai tidak meminum susu mentah tanpa perlakuan haba dan mendidihkan susu itu sebelum diminum.

Pengguna yang mempunyai kemusykilan boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://ift.tt/1vVF64U.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post