Murid cemerlang UPSR 6A hidap kanser, Wan Adibah Farhani meninggal dunia

Jenazah pesakit kanser kelenjar Wan Adibah Farhani Wan Mazlan, 12, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lemal di sini jam 12 tengah hari tadi.

Wan Adibah sebelum ini memperoleh keputusan 6A dalamUjian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 meninggal dunia jam 4 pagi tadi.

Murid cemerlang UPSR 6A hidap kanser, Wan Adibah Farhani meninggal dunia

Murid cemerlang UPSR 6A hidap kanser, Wan Adibah Farhani meninggal dunia

 

Anak bongsu kepada pasangan guru, Wan Mazlan Wan Hassan, 50 dan Ani Harun, 48 menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Terdahulu jenazah dimandikan dan disembahnyangkan di rumah ibu bapanya di Kampung Dangar di sini yang dihadiri hampir 1,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, guru dan penduduk kampung.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Wan Adibah yang menghidap kanser kelenjar menjadi kebanggaan sekolahnya apabila memperoleh 6A dalamUPSR.

Dia antara tiga calon cemerlang di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas dan dimasukkan ke HUSM sejak 4 September lalu iaitu sehari sebelum menduduki peperiksaan itu.

Sementara itu bapa arwah, Wan Mazlan ketika ditemui berkata, beliau menerima pemergian Wan Adibah dengan reda.

” Saya berterima kasih kepada pihak hospital kerana sedaya upaya memberikan rawatan yang terbaik untuk anak bongsu saya selama dia dirawat HUSM Kubang Kerian,” katanya.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post