Palestin Bantu Padam Kebakaran, Israel Ucap Terima Kasih

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, membuat panggilan yang jarang dilakukan.

Beliau menghubungi Presiden Palestin, Mahmud Abbas, dan mengucapkan terima kasih atas pertolongan Palestin membantu memadamkan kebakaran.

Palestin Bantu Padam Kebakaran, Israel Ucap Terima Kasih

Sehingga awal pagi ini waktu Malaysia, api yang membakar Israel dan kawasan Tebing Barat, sepanjang lima hari ini, sudah dipadamkan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi 122 penduduk cedera kerana tersedak dan tersedut asap.

‘Terima Kasih Palestin Bantu Kami Padam Kebakaran’ – Perdana Menteri Israel

‘Terima Kasih Palestin Bantu Kami Padam Kebakaran’ – Perdana Menteri Israel

Sekurang-kurangnya 700 rumah rosak atau musnah manakala beribu hektar tanah turut terbakar.

Pesawat daripada beberapa negara yang menghulurkan bantuan dilihat terbang rendah kemudian menjatuhkan air di kawasan penempatan Tebing Barat dan Israel.

‘Terima Kasih Palestin Bantu Kami Padam Kebakaran’ – Perdana Menteri Israel

‘Terima Kasih Palestin Bantu Kami Padam Kebakaran’ – Perdana Menteri Israel

“Tiada lagi kawasan aktif terbakar,” kata jurucakap bomba, Yoram Levy memberitahu AFP.

Levy berkata, anggota terpaksa berdepan dengan 2,000 kawasan kebakaran di Israel dan Tebing Barat, 20 daripadanya paling teruk.

‘Terima Kasih Palestin Bantu Kami Padam Kebakaran’ – Perdana Menteri Israel

‘Terima Kasih Palestin Bantu Kami Padam Kebakaran’ – Perdana Menteri Israel

Menteri Pertahanannya, Avigdor Lieberman, pula berkata polis sudah menahan 23 orang disyaki terbabit dengan kebakaran itu.

Katanya, pihak berkuasa Palestin turut sama membantu memadam kebakaran.

Selain Palestin, Russia, Turki, Greece, Perancis, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Kanada turut membantu melawan kebakaran. - HMetro

Post a Comment

Previous Post Next Post