Rumah tangga goyah, Diana Danielle akui tindakan ke Mahkamah Syariah tidak tepat

Suami isteri mana tidak sayangkan hubungan yang tercipta sekian lama dan begitu jugalah apa yang dirasai oleh Diana Danielle terhadap status rumah tangga mereka yang dikatakan berantakan. Malah tindakan nekad Diana ke Mahkamah Syariah turut membuatkan suaminya terkejut.

Rumah tangga goyah, Diana Danielle akui tindakan ke Mahkamah Syariah tidak tepat

Rumah tangga goyah, Diana Danielle akui tindakan ke Mahkamah Syariah tidak tepat

Menurut luahan Diana kepada BH Plus, dia mengakui bahawa terlalu mengikut emosi selain menjelaskan bahawa mereka saling memendam perasaan. Malah Diana juga mengakui bahawa tindakan drastiknya ke Mahkamah Syariah bukanlah perkara yang tepat.

“Tindakan saya itu bagaimanapun, tidak tepat kerana tidak terlbeih dulu bersemuka dan berbincang dari hati ke hati dengan suami. Saya hanya memikirkan hati sendiri yang terluka, tanpa menyedari saya juga pernah melukakan hati suami”

“Tidak dinafikan, Farid terkejut dengan tindakan saya. Bagi saya, apa yang berlaku itu menjadi maran buat Farid yang tidak pernah menyangka, saya berani bertindak sejauh itu,” jelasnya.

Selain itu tambah Diana, Farid sememangnya tidak setuju untuk bercerai dan setelah bersemuka, barulah mereka mengetahui bahawa dia dan suami sama sama melakukan kesilapan. Diana pun banyak memendam rasa, Farid pun turut memendam rasa.

“Apa juga masa yang timbul, setiap pasangan perlu berbincang dan meluahkan ketidakpuasan hati, bukan memendam rasa. Sebelum ini, kami ‘makan hati’ dengan sikap masing masing yang tidak mahu meluahkan apa yang terbuku di hati. Lama kelamaan, ia menjadi barah dalam rumah tangga,” jelasnya lagi.

Tatkala melihat gambar mereka bahagia di laman sosial, rupanya masing masing sedang memendam perasaan. Apa pun, syukur segalanya sudah kembali pulih dan pastinya apa yang diluahkan oleh Diana ini mampu menjadi nasihat kepada pasangan yang bakal dan baru berkahwin. Semua nampak remeh sebelum perkara yang sama terhempap atas kepala sendiri

Sumber: Rotikaya



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post