Tsunami landa New Zealand susulan gempa 7.4 magnitud

Gempa bumi 7.4 magnitud menggegarkan bahagian tengah New Zealand hari ini mencetuskan tsunami di kawasan pantai timur laut Pulau Selatan, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).

Sehubungan itu, Jabatan Pertahanan Awam New Zealand mengarahkan orang ramai yang tinggal di sepanjang pantai timur seluruh negara agar berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.

Tsunami landa New Zealand susulan gempa 7.4 magnitud

Tsunami landa New Zealand susulan gempa 7.4 magnitud

Seorang ahli seismologi di GNS Sains, Anna Kaiser berkata, isyarat pasang surut mencatat bacaan ombak setinggi satu meter di wilayah utara Canterbury, Pulau Selatan.

“Ini adalah isyarat yang perlu diberi perhatian serius oleh semua penduduk,” katanya kepada Radio New Zealand.

Gempa bumi itu dikatakan berpusat kira-kira 91 kilometer ke utara-timur laut Christchurch, bandar terbesar di Pulau Selatan New Zealand.

Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud pada Februari 2011 telah mengorbankan 185 nyawa dan menyebabkan kerosakan besar di bandar itu.

Gegaran yang diukur oleh Geonet New Zealand pada magnitud 6.6 dirasai di sebahagian besar New Zealand.

Mengikut Jabatan Pertahanan Awam, masih terlalu awal untuk menilai kerosakan atau kecederaan mahupun kematian.

Seorang penduduk di Takaka, dekat Pulau Selatan dikenali sebagai Elizabeth yang dihubungi Radio New Zealand berkata, seluruh rumah bergerak seperti ular dan barang-barang jatuh. Gegaran itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Sementara itu, penduduk di Wellington berkata, dinding kaca jatuh daripada bangunan tinggi ke jalan raya.

Beberapa siri gegaran susulan direkodkan di seluruh negara, ada antaranya sekuat 6.1 magnitud. – Reuters

Sumber : Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post